Dec 22, 2012

PAR PERMAS JADI SEBUTAN WARGA TAMAN CENDANA




Kisah orang MELAYU ditanah tumpah darah mereka ....rintihan mahu mendapatkan surat beranak untuk generasinya tetapi satu puak MELAYU yang datang membantu,maaf membantu bukan percuma Species MELAYU ini,bersyarat iaitu bayaran dikenakan dengan kadar yang amat tinggi... memeras  golongan tidak berkemampuan demi wang ada juga insan yang sanggup berkelakuan sebegitu.....akhirnya surat beranak tak nampak yang ada hanya ayat dari air liur yang mengecewakan bila didengar...'tak boleh buat anak pelarian"wang yang diambik tadi sudah dikira hangus!!!!!Melayu apa ini????


Senah bt Rahim 55 tahun,yang tinggal di No.13 blok 38,Rumah pangsa taman cendana turut mengadu cucu tirinya tidak mempunyai surat beranak sejak dilahirkan.Beliau berkata cucunya telah ditinggalkan kepadanya sebelum anak tirinya menghilang.

Beliau menbela cucunya itu sejak berumur 2 bulan dan sekarang sudah berusia 5 tahun.Dokument yang ditinggalkan hanya surat kesihatan kelahiran sahaja.Beliau pernah meminta bantuan kepada seseorang tetapi dikenakan bayaran yang tinggi menyebabkan beliau tidak mampu untuk membayarnya.






Jumilah supar 66 tahun,individul yang telah membawa Senah bt Rahim berjumpa penyelia PAR permas berkata beliau amat menaruh harapan serta percaya kepada PAR permas untuk membantu rakannya itu.Beliau berkata PAR permas pernah membantunya dan berjaya mendapatkan surat beranak 3 orang cucunya yang berusia 9.10.dan 11 tahun tanpa dikenakan apa-apa bayaran.






katanya sebelum berjumpa PAR permas,beliau pernah meminta pertolongan dengan  pihak lain tetapi dikenakan bayaran RM3000.Kerana terdesak untuk mendapatkan surat beranak tersebut beliau sanggup membayar jumlah yang diminta tetapi akhirnya tidak berjaya dengan alasan yang diberi cucunya status anak pelarian.Hampa dengan alasan tersebut beliau terus menghubungi Penyelia PAR permas untuk mendapatkan pertolongan.Usaha PAR permas untuk mendapatkan surat beranak cucunya berjaya dalam tempoh hanya 8 bulan sahaja.

Jumilah berkata sebab itu saya meletak keyakinan yang tinggi dan percaya PAR PERMAS boleh membantu rakan saya ini.Kerana tenaga PAR PERMAS terutama penyelianya Syed Othman Abdullah adalah orang berkebolehan serta orang yang sentiasa turun padang membantu rakyat marhean tanpa mengira agama dan bangsa.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment