Dec 1, 2012

SISTEM PEPARITAN YANG SUMBAT MENGANCAM PERNIAGA PERMAS JAYA


Ketidakselesaan peniaga di deretan kedai di jalan permas jaya 10/1 yang sistem peparitan dan kumbahan tersumbat hingga mengeluarkan bau yang busuk menganggu percemaran bahkan menimbulkan rasa kurang selesa peniaga serta pelanggan yang berurusan.

Par permas Tuan syed Othman dan Pusat khidmat PKR saudara Jimmy Puah telah mengadakan sidang akhbar pagi tadi bersama sekumpulan peniaga yang mengadu masalah mereka.




Peniaga Foo Ming Teck 50 tahun berkata beliau telah mengadu perkara tesebut kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hampir 4 bulan mengenainya tetapi sehingga sekarang tiada tindakan untuk menyelesaikan masalah mereka.Beliau berkata sisitem peparitan yang sumbat itu menyebabkankan sisa sampah dan kumbahan melimpah keluar dan mendatangkan bau yang meloyakan dan lebih parah lagi kawasan untuk memunggah barangan perniagaan penuh dengan limpahan sisa dan kumbahan hingga tidak dapat digunakan.



Menurut Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Jaya saudara Jimmy puah masalah ini telah diadukan oleh peniaga kepadanya pada 14hb November lepas dan beliau telah menghantar email kepada MBJB mengenainya.MBJB respon dengan menghantar perkerja untuk mengepam parit yang tersumbat itu tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan.Beliau menghantar email kali kedua tetapi tidak mendapat maklumbalas daripada MBJB.Akhirnya MBJB menghantar email mengatakan bahawa mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kerja-kerja itu amat sukar dilakukan kerana keparitan sekitar banyak yang tertutup.





Penyelia PAR permas Tuan syed Othman berkata beliau akan menulis surat kepada MBJB untuk mendapatkan keadah penyelesaian dan memberikan tempoh seminggu kepada MBJB untuk menyelesaikan masalah tersebut.sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan juga beliau akan menbawa perkara tersebut ke Biro pengaduan awam (BPA) untuk tindakan selanjutnya.
.

abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment

Post a Comment