Dec 7, 2012

PERUNTUKKAN TURAP JALAN DI KAMPUNG NELAYAN ORANG ASLI PUN NAK KENA CEKAU..SIAPA PUNYA ANGKARA????



Sebelum Solat Jumaat tengahari tadi PAR permas menemani wartawan sebuah akhbar pergi ke penempatan nelayan di kampung orang asli kampung pasir puteh.Wartawan Akhbar tersebut ingin membuat liputan aduan dan tuntutan pampasan orang asli terhadap pengurusan pelabuhan tanjung langsat.



Selepas selesainya sesi temuramah tersebut,kami dimaklumkan oleh salah seorang ahli jawatankuasa nelayan orang asli,Setan-setan yang dikenali telah datang semalam untuk memberikan peruntukkan menurap jalan sejauh 80 meter berhampiran dengan kediaman mereka.katanya peruntukkan itu dari dana wakil rakyat berjumlah RM20K dan boleh diberi hanya RM13k sahaja dan yang RM7k itu adalah duit buat kerja.



Apa maksudnya RM7k duit buat kerja?tidak menuduh tetapi kenapa tidak diberi peruntukkan yang berjumlah RM20 ribu terus kepada nelayan ? kenapa perlu dicekup RM7k itu???

Sepatuhnya peruntukkan yang berjumlah RM20 itu harus digunakan sepenuhnya tanpa Diambil sedikitpun walauapapun keperluan.Dahlah perkampungan orang asli ini infrastructurnya dhaif dicekup pulak bantuannya dan sumber pendapatan pulak terjejas.

Kalau begini cara peruntukkan disalurkan perlu dikenakan cukai sebelum diserah kepada rakyat???kerja-kerja siapa nie!!!!

Persoalannya sekarang untuk siapa sebenarnya RM7k itu?Adakah untuk komisen pihak2 tertentu ataupun sebaliknya.??


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas




No comments:

Post a Comment