Dec 22, 2012

KISAH NENEK INDIA DI RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA



Seusai program bantuan beg sekolah di taman cendana pagi tadi,PAR permas didatangi oleh seorang pengadu wanita berbangsa India dan beberapa orang makcik melayu mengadu beberapa masalah yang mereka hadapi.

Pengadu India, Pervadi letchmi a/p gobal 52 tahun,seorang ibu tunggal selama 20 tahun.Tinggal di block 13,tingkat 4,rumah pangsa taman cendana.Beliau mengadu 2 orang cucu beliau tidak mempunyai surat beranak dan meminta PAR permas untuk menbantunya.

Beliau menceritakan kepada kami beliau mempunyai 7 orang anak dan kesemua anaknya meninggalkan beliau dengan cucu-cucunya seramai 6 orang tanpa diberi duit untuk beliau menyara mereka.Terpaksalah beliau berkerja mencari besi buruk sekitar pasir gudang untuk mendapatkan sedikit wang untuk menyara cucu-cucunya seramai 6 orang itu.Ditanya adakah beliau mempunyai masalah dengan anak-anaknya,beliau menjawap masalah memang ada memandangkan kesemua anaknya ada mempunyai rekod jenayah dan penagihan dadah.katanya beliau lebih rela menjaga cucunya dari dibiarkan melarat SEKIRANYA dijaga oleh ibubapa mereka.







Sekarang ini Beliau menghadapi masalah untuk menyekolahkan 4 orang cucunya pada musim sekolah ini kerana beliau tiada mempunyai wang yang cukup untuk keperluan sekolah mereka lagipun katanya bekalan elektrik dan air dirumahnya sudah dipotong seminggu lepas.

Pengulas tentang masalah ini,Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah berkata Beliau akan cuba memanjnagkan masalah Puan Parvadi kepada Pihak JPN dan akan memohon sumbangan dermawan agar dapat merderma bagi meringankan tanggungan Puan Parvadi ini.PAR permas akan sedaya-upaya membantu Puan Pervadi setakat yang termampu.

Par permas sentiasa membantu segenap lapisan masyarakat tidak mengira agama dan bangsa agar konsep Negara kebajikan untuk semua diamalkan disetiap gerakkerja PAR permas demi mendapatkan pahala disisi Allah rabul jalil.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment