Oct 29, 2012

UMNO PASIR GUDANG GAGAL MEMBELA MELAYU


Bersorak gumbira sakan penduduk kampung baru Masai dan kampung sepakat di pasir gudang setelah mendapat tahu akan menerima borang 5A pemilikan sementara tanah kediaman daripada Pak menteri yang juga Ahli parlimen pasir gudang khalid Nordin pada majlis sabtu lepas.Bergemalah laungan 'HIDUP MELAYU'dengan memuji melambung hingga ke langit akan parti keramat melayu  retorik yang kian pupus dimamah dek zaman itu.

Selama hampir 44 tahun UMNO berjanji untuk memberikan geran hakmilik tanah dan janji tersebut dibuat pada setiap dekatnya pilihanraya tetapi janji tetap tidak pernah ditepati.Umpama menanam tebu di bibir...janji bagaikan orang munafik pasti dimungkari.Sedar akan kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap parti perkauman ini serta kedudukan sudah tergugat,barulah terkial-kial untuk mencari sesuatu untuk diberikan bagi mengembalikan sokongan.

Masalah pemilikan tanah  ini bukan perkara baru bagi  penduduk setinggan dan kampung tradisi di sekitar parlimen pasir gudang ini.Dianggarkan 10 ribu penduduk dengan 10 kampung terbabit. kampung.selain daripada kampung masai baru dan kampung sepakat ini,Diantaranya juga yang terlibat ialah kampung pasir puteh,kampung plentong,kampung sri makmur kampung sanibong dan kampung berhampiran.Khalid Nordin pernah mengeluarkan kenyataan satu ketika dulu di akhbar sinar harian menuntut Menteri Besar Johor agar menunaikan janji kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada sekitar 10 buah kampung terbabit.Adakah saranan dan permintaan itu semata-mata retorik,hanya Allah sahaja yang tahu.Dengan kenyataan yang disiarkan itu ternyata umno gagal membela orang melayu.


Berbalik dengan isu borang 5A tadi,Adakah dengan pemberian Borang 5A ini menjamin penduduk 2 kampung mendapat hak milik kekal???Pertanyaan ini mesti diutarakan kepada penduduk yang menerima borang 5A kepada UMNO? Adakah mereka tahu borang 5A itu apa?...jangan ingat dengan menerima borang 5A ini sudah pasti hakmilik tanah yang diduduki sekian lama itu akan jadi hak milik kekal....Tidak semudah kawan????

Bak kata Tun Mahathir,Melayu mudah lupa!!Adakah UMNO pasir gudang sudah lupa akan isu Menteri besar selangor yang memberi borang 5A kepada penduduk hulu bernam selangor yang dipertikaikan oleh pemimpin barisan Nasional ?Isu itu dicanang oleh pembodek media cetak dan eletronik UMNO hingga berminggu-minggu dimainkan untuk memburukkan imej kerajaan pakatan rakyat.Persoalannya kenapa mereka membantah???pasti ada yang tidak kena dengan borang 5A ini????Masa kan puak-puak dan adik beradik haramjadah ini membantah pemberian Borang 5A ini??? Tapi hairan dan ajaib mereka bantah ketika itu tetapi kenapa mereka meniru pula langkah kerajaan selangor itu???

Borang 5A yang diberi sebenarnya hanyalah sekadar borang yang perlu diisi.Bukan sesuatu jaminan atau perjanjian yang membolehkan tanah itu menjadi hakmilik kekal.Borang 5A juga boleh ditakrif sebagai permohonan tanah untuk hakmilik kekal tetapi belum tentu akan menjadi hakmilik dan tanah tersebut juga dijadikan sebagai pajakan dalam tempoh tertentu dan sekiranya kerajaan inginkan tanah untuk pembangunan maka kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambilnya tanpa persetujuan dari penduduk yang mendiami tanah tersebut.ia umpama juga satu bentuk baru  Lesen Menduduki Sementara (TOL) di atas tanah dan malangnya premium akan dikenakan mengikut harga semasa pasaran.

Sekiranya UMNO pasir gudang ingin membantu kenapa membantu 2 kampung sahaja? Dan jika UMNO pasir gudang juga benar-benar ikhlas, kenapa penduduk tidak diberikan sahaja borang 5B hakmilik kekal???

Seorang penduduk yang namanya tidak mahu dikenali berkata selama 44 tahun UMNO berjanji untuk memberikan hakmilik kekal dan saban kali apabila menjelang pilihanraya janji serupa dibuat tetapi  tidak pernah ditepati.Malah katanya peneroka asal  yang menbuka kampung ini amat taat dan sayang pada umno hinggakan umno adalah segalanya.Beliau mendakwa syarat utama permohonan untuk mendapat hakmilik tanah adalah mesti menjadi ahli umno dan menubuhkan cawangan.Jadi orang melayu tiada pilihan kerana percayakan  umno,yang boleh memberi keselesaan pada orang melayu.

Masih teringat akan peristiwa kampung plentong yang menyembah bumi apabila diroboh oleh jentera berat .Wakil rakyat tidak kelihatan,Adapun sibuk menyalahkan pembangkang kerana menghasut penduduk kampung.Penempatan melayu yang kuat dan penyokong tegar umno dihalau dari penempatan mereka kerana tanah yang diduduki mereka akan dibangunkan.ketika itu tiada seorang pun pemimpin parti bacul itu muncul untuk menghulurkan pertolongan,adapun pertolongan yang diterima adalah cacian terhadap mereka.Merka bukan menghalang pembangunan,mereka mempertahankan hak mereka dan mahukan hak mereka didengari.Kepada yang belum terkena di batang hidung,Jangan jadikan kampung anda menjadi kampung kedua selepas kampung plentong.

UMNO sebagai teras pemerintahan mempunyai kuasa untuk membantu orang melayu tetapi ternyata gagal untuk melindungi hak orang melayu kerana hanya memikirkan tembolok masing-masing.Maklumat dari sumber yang dipercayai mendakwa tanah kampung ini sudah menjadi hakmilik syarikat walaupun borang 5A diberi.



lawan tetap lawan...Allah tetap bersama orang yang benar...Takbir!!!


abusiraj almuner.

2 comments:

  1. Tuan, DAP juga parti perkauman, tetapi boleh pula PAS jadikan kawan karib. 4 tahun lepas saya mengundi PAS kerana perjuangannya. Kali ini saya tidak akan mengundi PAS, juga kerana perjuangannya.. Mengundi PAS bermakna saya mengundi DAP dan itu tidak akan berlaku sama sekali. Tidak selagi saya masih waras!

    ReplyDelete
  2. Setuju. Saya kini menolak PAS kerana DAP. Sokongan saya pada PAS akan datang semula bila PAS tidak bersekongkol dengan DAP.
    Buat masa sekarang, saya menolak PAS!

    ReplyDelete