Oct 4, 2012

GABUNGAN NGO PENGERANG DAN PAR NEGERI JOHOR MENYERAHKAN MEMORENDUM KE PARLIMEN DAN SUHAKAM

DI LUAR BANGUNAN PARLIMEN

JAWATAN KUASA MANTAP DI PARLIMEN

DI PEJABAT SUHAKAM
ADUAN KEPADA PIHAK SUHAKAM




Pada selasa 25hb september,Rombongan Gabungan NGO pengerang yang diketuai oleh Saudari Anis Afida, PAR Johor diketuai oleh Saudara Syed Othman Abdullah Saudara Suhaizan Kayat selaku penyelia PAR kempas,Gikgu Normala Sudirman dan Saudara Mazlan Aliman telah bersama-sama dengan Gabungan NGO pengerang menyerahkan Memorendum Pengerang kepada ahli parlimen kubang kerian YB Salahuddin Ayup didalam bangunan parlimen.

Penduduk pengerang seramai 35 orang berbilang bangsa dan kaum itu datang menaiki bas dari pengerang Johor ke Bangunan parlimen utk menyatakan tuntutan mereka agar didengari oleh pihak kerajaan terutama perdana Menteri walaupun sebelum ini mereka telah merayu kepada kerajaan Negeri pimpinan Dato Ghani othman.

Tuntutan memorendum NGO PENGERANG merayu kepada perdana menteri dengan kuasa yang ada untuk membuat penangguhan diatas cadangan pembangunan RAPID pengerang oleh petronas Nasional Berhad agar meneliti semula jajaran pembangunan agar mengelakkan kawasan perkampungan yang didiami masyarakat dan kawasan perkuburan.Tuntutan paling asas adalah memohon agar perdana Menteri menangguh dan menilai semula harga penilaian gantian pengambilan tanah,rumah dan lain2 binaan diatas tanah penduduk.

Penduduk pengerang tidak menghalang serta membantah segala pembangunan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri demi kebaikan Rakyat.Memorendum ini juga merayu agar Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman selaku pengerusi Jawatankuasa hasil bumi Johor memberi perjelasan mengapakan kerajaan negeri tidak membuat projek ini diatas tanah kerajaan negeri yang berhampiran?Selain itu NGO pengerang juga dalam memorendum menuntut agar kerajaan negeri menyediakan pembangunankan insfrastruktur sosiaekonomi seperti rumah kedai mampu milik,pasar awam,terminal pengangkutan,gerai dan pusat sumber manusia serta komplek perikanan utk nelayan.Dan yang lebih utama adalah menyediakan dengan segera skim latihan kepada golongan nelayan yang telah hilang punca pendapatannya.

Setelah selesai penyerahan memorendum tersebut,disebelah petangnya rombongan NGO pengerang ini bersama Tuan syed Othman selaku PAR JOHOR ke pejabat suhakam itu membuat aduan beberapa pembuatan kianat yang telah berlaku terhadap Ahli jawatankuasa NGO pengerang seperti rumah dilempar cat dan kereta disimbah asid.

Pengerang adalah satu lokasi dinegeri Johor dimana isunya adalah segala tanah kawasan penempatan Masyarakat kampung nelayan akan dibangunkan untuk projek pembangunan loji bersepadu penapisan,minyak dan petrokimia (RAPID) oleh petronas nasional berhad.

Perlu diingat bahawa Rakyat tidak menghalang pembangunan yang akan diusahakan oleh kerajaan tetapi tanah warisan atau penempatan yang sekian lama diduduki serta punca pendapatan kehidupan rakyat harus dipandang serious selepas pengambilan tanah itu.


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment