Oct 28, 2012

TANAH DIDAKWA MILIK KERAJAAN YANG TIDAK DISELENGARA PUNCA PEMBIAKAN ULAR


Pusat aduan PAKATAN rakyat juga menerima aduan dari penduduk jalan permas 15/11 mengenai tanah yang didakwa milik kerajaan yang tidak diselengara selama 8 tahun oleh pihak berwajib.

Tanah yang luasnya dianggarkan 3 ekar itu menjadi kebimbangan penduduk kerana kawasan tersebut menjadi pembiakan ular berbisa yang kerap memasuki rumah penduduk yang berdekatan.Seorang penduduk mendakwa pernah juga terserempak dengan babi hutan yang berkeliaran di kawasan tersebut.


Didalam sidang media yang diadakan pagi tadi penyelia PAR PERMAS Tuan syed Othman berkata beliau akan menyerahkan aduan tersebut kepada biro pengaduan awam (BPA) untuk tindakan selanjutnya.

abusiraj almuner

1 comment: