Oct 23, 2012

UMNO MESTI TINGGALKAN BN MCA MESEJ BUAT PENYOKONG TEGAR DAN AHLI UMNO




Baru-baru ini Pemimpin tertinggi MCA bagai dirasuk "Syaitan yang dikenali" atau memang SETAN bertopeng Manusia apabila sekali lagi mempertikaikan  hukum hudud.Sikap prejudis yang dipamerkan terutamanya oleh presiden MCA sendiri dan pemimpin kanan parti itu  terhadap Islam dan syariatnya amat ketara dan Lebih malang lagi,UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.Ini sudah jelas membuktikan bahawa Umno bukanlah parti bertunjangkan Islam walaupun mengaku memperjuangkan agama rasmi terbesar di Malaysia itu.Tidak hairanlah MCA terus-menerus memperlekehkan Islam sesuka hati mengikut akal fikiran yang semakin songsang dek kerana berkawan dengan Umno sejak penubuhan Perikatan pada 1946.


Kenyataan dangkal yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengundang banyak bantahan termasuklah dari NGO pro-UMNO sendiri apabila beliau mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.Beliau berkata demikian berdasarkan kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali.Memetik SMS oleh individu tidak dikenali itu beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Perhimpunan MCA ke 54 yang sedang berlangsung ketika ini telah menjadikan isu HUDUD ini bahan belasahan untuk menghentam Pakatan Rakyat.Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 semalam, Chua berkata lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat dan beliau tidak menamakan mana-mana negara tersebut.Katanya lagi DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar.

Di persidangan Agung wanita MCA juga diadakan serentak,Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam,sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita."Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

Heng seai kie
Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA,MCA akan terus membangkitkan isu hudud untuk memastikan rakyat tidak mengundi Pakatan Rakyat (PR) walaupun ia berulang, bagi menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara teokratik Islam.

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.DAP dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

Yu chok tow
Dalam persidangan MCA yang sedang berlangsung itu,ia bagaikan pesta untuk mempersendakan dan memperlekehkan usaha untuk menjadikan Hukuman Hudud dapat direlisasikan.Dalam persidangan tersebut Para perwakilan MCA mengenakan kemeja-T berwarna biru,warna rasmi BN dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.
NONE

Kemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.Pada baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".Yang amat menyedihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru itu.

Tidak menghairankan apabila Najib ditanya wartawan mengenai dakwaan Soi Lek yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan,Najib enggan mengulas.Inilah pemimpin parti Islam melayu yang  kononya mempertahankan dan memperjuangkan kesucian Islam apabila kenyataan menghina itu datang dari kerabat BN hanya mampu diam membisu seribu bahasa.Parti UMNO yang dipimpin oleh beliau sering melaungkan bahawa merekalah yang memeprtahankan Islam hingga melebel PAS kuda tungangan DAP  APAHAL REALITINYA MEREKALAH KUDA TUNGANGAN MCA.


MCA persoalkan hukum hudud dan menentangnya terang-terangan BUKAN perkara baru dan mereka mempertikaikannya sekian lama.kalau diimbas kembali kenyataan terdahulu ia mengambarkan bertapa anti dan paranoidnya mereka terhadap hukum Allah ini.Tambahan pula UMNO sendiri juga menentang  hukuman hudud ini yang telah cuba diusahakan oleh PAS.Kita imbas kembali beberapa kenyataan terdahulu yang dikeluakan oleh MCA.


1.Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut : 
• “What’s so great about knowing Muslim values?” “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
2. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS” 
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
3. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju) 
4. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
5. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”
6. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
7. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
8. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
9. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
10. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
11. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
12. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Bagaimana Media cetak UMNO kerap mencanangkan DAP sebagai anti ISLAM.Karpal singh sebelumnya mempersoalkan dari segi sudut halangan perundangan dan perlembagaan tetapi tidak menghina hudud tetapi MCA ini bukan saja menolak malahan menghina hudud.
sekiranya hukum ini dilaksanakan.Kerana ingin melagakan keharmonian dalam pakatan,media mereka mengasak bertubi-tubi kenyataan ini hingga melabelkan DAP sebagai anti Islam.label anti Islam itu tidak cukup hanya dilamparkan kepada karpal seorang,ia dilamparkan juga kepada ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng.


kita sedia maklum bahawa sejak DAP mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau pinang yang dipimpin oleh PARTI gerakan yang kebanyakkan orang umno sangka gerakan ini parti melayu..mereka telah memberikan peruntukan untuk sekolah agama rakyat yang tidak pernah diberi malah ditarik balik semasa pemerintahan BN dahulu dan juga memberikan Elaun khas pada para perhufah...hafiz al-quran.satu perhargaan buat para perhafal al-quran dan satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh UMNO dan adik beradiknya untuk dilakukan.


Sebenarnya MCA sudah merasai bahawa hayat parti mereka akan terkubur seperti juga dengan UMNO selepas PRU13 ini dan kebangkitan anak-anak muda Masyarakat cina enggan bersama mereka dan pengundi cina pula berpihak kepada DAP parti dominan cina selepas PRU13 nanti.Keadaan ini menyebabkan  mereka dalam situasi ketakutan kehilangan kuasa.kenyataan dengkal soi lek dan pemimpin MCA lain adalah semata-mata untuk menakutkan masyarakat cina daripada menyokong DAP dan PAS.Gabungan PAKATAN RAKYAT terutama PAS DAN DAP nampaknya dilandasan yang kukuh dan sokongan kian meningkat menyebabkan  MCA menjadi meracau dan marca marba.Seperti mana UMNO menakutkan melayu dengan tuduhan terhadap DAP begitu jugalah rakan komponen mereka MCA menakutkan masyarakat cina terhadap PAS.Rakyat sudah tidak dapat boleh menerima apa sahaja kata-kata BN,Zaman sudah berubah  perlu menyedari akan hakikat bahawa penolakan rakyat terhadap BN dan parti komponennya terselah.Suka tak suka isu sentimen Agama perlu dimainkan bagi menakutkan rakyat AGAR tidak mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat.


Sekian lama UMNO ditampuk kekuasaan,UMNO telah gagal untuk menerangkan akan keindahan Islam itu kepada rakan-rakan komponen mereka.Mungkin juga mereka tidak berhasrat untuk menerangkannya agar kecetekan tentang islam membolehkan mereka berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa dan korupsi mereka.Mungkin juga UMNO sendiri pun tidak reti akan hukum hakam Islam,justeru macam mana nak mengajar rakannya memahami Islam.


Adakah kita masih ingat,Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah (Johor) Datuk Ayub Rahmat mencadangkan agar negeri Johor merupakan negeri pertama di negara ini yang melaksanakan hukum hudud.Kenyataan Ayub Rahmat ini menimbulkan kemarahan Soi Lek dengan menyifatkan beliau sebagai sudah hilang akal dan mengugut MCA akan keluar Barisan Nasional (BN) sekiranya hukum hudud dilaksanakan.Segala tentangan terang-terangan dari MCA terhadap hudud tidak dapat disangkal kerana amat jelas dengan prejudisnya.


Apa yang dikesalkan bahawa ulasan dari ulamak muda umno fathul bari yang sepatuhnya membidas kenyataan soi lek hanya mampu berkata kenapa UMNO tidak boleh bersama dan menerima MCA sedangkan PAS boleh bersama DAP.Mana Mufti dan tokguru pondok yang kerap membidas Pas kerana bersama DAP?kenapa tidak membantah kenyataan Soi lek ini.Adakah mereka hanya mencari makan dengan ilmu yang mereka ada itu?Mana Hasan Ali Jati,kenapa tidak membantah kerana Hasan Jati ini adalah juara akidah dan juara mempertahankan Islam?



Penyokong tegar umno KENA BUKA mata dan lihat dengan hati bahawasanya,Anda semua sudah diperdaya oleh syaitan yang dikenali.kalau anda SEORANG ISLAM anda PERLU  sedar bahawa UMNO ini bukan parti yang boleh diharapkan menjaga kesucian Islam.Apa diniat mereka adalah membina kekayaan kaum keluarga sahaja.kalau dulu Hasan Jati dan pemimpin UMNO minta PAS tinggalkan DAP,Kenapa anda penyokong tegar UMNO tidak meminta UMNO tinggalkan MCA? Anda perlu Ingat,sekiranya anda menyokong Sebahagian dari manusia yang menolak Islam balasannya akan menunggu anda di akhirat nanti.


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment