Oct 18, 2012

KEDAI JALAN JELATANG DIJADIKAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH


Isu pembuangan sampah secara haram di pasir gudang bukan satu isu baru.Ia kerap dilakukan di kawasan yang terpencil tetapi terjadi juga di kawasan sekitar kediaman yang padat dengan penempatan penduduk.Malah telah banyak aduan telah diterima oleh PAR PERMAS dari penduduk sekitar tetapi tindakan untuk menyelesaikan masalah itu amat mengecewakan.Adakah isu ini dilihat sebagai isu yang remeh temeh yang tidak perlu diambil perhatian?Adakah penglibatan pihak tertentu menyebabkan sukar untuk diselesaikan?

PAR PERMAS petang tadi menerima aduan dari seorang peniaga Joseph Pong 55 tahun yang mengadu dimana di hadapan kedai beliau yang terletak di Jalan Jelatang 36/1 dijadikan tempat pembuangan sampah.Beliau berasa hairan kenapa kawasan kediaman boleh dijadikan tempat pembuangan sampah sewenangnya dilakukan.Kenapa Majlis bandaraya Johor baru tidak mengambil tindakan?Pada mulanya ujur beliau,sampah yang dibuang di tapak itu tidak banyak sehinggalah 2 bulan terakhir sampah itu semakin bertambah dan bau-bau busuk mulai terhidu.

Menurut seorang pengerusi KRT Taman Rinting yang namanya mahu dirahsiakan,beliau telah mengadukan masalah sebanyak 2 kali kepada Wakil Rakyat permas dan Ahli Majlis dun Rinting megenai masalah ini tetapi hingga kini nampaknya tiada usaha yang dilakukan oleh mereka untuk membantu menyelesaikannya.


PAR PERMAS dan  Pusat khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu menyelesaikan masalah yang sudah lama ditanggung oleh Penduduk serta peniaga di taman rinting ini.


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment