Perkara yang amat ditakuti oleh UMNO dan MCA ialah Gadingan mantap PAKATAN RAKYAT khususnya antara parti PAS dan DAP.kalau melihat suasana serangan Politik terhadap PAS maupun DAP yang dilakukan oleh kedua parti utama BN ini ternyata mereka cuba meruntuhkan sedaya upaya hubungan yang dijalinkan kedua parti ini didalam PR.Fitnah serta tohmahan bagaikan air pasang yang tiada surutnya semata-mata ingin melihat kerjasama DAP dan Pas gagal.Kerap kali sentimen Islam sentiasa dimainkan oleh media masa yang dikuasai oleh mereka, hanya satu matlamat bagi mereka adalah untuk memecah belahkan kedua-dua parti besar ini.
Bertempat di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DAP Dun Johor Jaya sebentar tadi,satu dialog telah diadakan diantara Pemimpin DAP Negeri Johor yang diketuai oleh Yb Dr Boo Cheng Hou (ketua pembangkang dun Johor) Adun skudai,ketua pemuda DAP Negeri Johor Tuan Tan Hong Pin,Cik Liow Cai Tung Pengarah pusat khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya, Penyelia PAR permas yang juga AJK BPPNJ Tuan Syed Othman dan Majlis kepimpinan DAP Johor Jaya.
Dialog serta pertemuan empat mata ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi gadingan usahasama dalam pakatan rakyat untuk menghadapi PRU13 yang akan datang.Dialog ini juga banyak membincangkan suasana isu politik setempat dan keadah jalinan gerakkerja bersama dalam mendekati rakyat.
Seusai Majlis dialog itu,DAP Dun Johor Jaya telah melancarkan Pusat khidmat Masyarakat mereka di dun Johor Jaya yang akan dikendalikan oleh Cik Liow Cai Tung.Dalam ucapan Yb Dr Boo beliau berharap dengan gadingan usahasama ini Pakatan Rakyat Khususnya di Parlimen Pasir gudang dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat sekitar parlimen Johor Jaya.Manakala Tuan syed Othman juga menegaskan dengan usahasama bersama ini akan dapat menyelesaikan masalah rakyat marhein dengan lebih berkesan.
abusiraj almuner
No comments:
Post a Comment