Oct 5, 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP JPN DAN SPR



Pagi tadi Pakatan Rakyat pasir gudang diketuai oleh Tuan Syed Othman Abdullah selaku Pusat Aduan Rakyat Pas permas,Saudara Jimmy Puah pusat khidmat PKR Johor Jaya dan Saudara Murad Jailani ketua AMK pasir gudang bersama kepimpinan PKR bahagian membuat laporan polis di Ibupejabat Polis (IPK) Sri Alam mengenai status seorang pengundi di dun permas

yang didapati meragukan.

Laporan ini dibuat berdasarkan blog
yang mengunakan nama 'MILOSUAM' yang mendedahkan laporan Harian Express yg berpengkalan di sabah bertarikh 21 september 2010 dengan tajuk MYkad palsu,Rakyat filipinan ditangkap.Laporan itu menyebut Majistret Cindy McJuce Balitus dari kamar majistret kota kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki yang bernama Shamsul salleh berusia 43 tahun yang mengaku bersalah mengunakan dokumen 670110-12-5035 atas namanya sendiri dan dijatuhkan hukuman pada 20hb september 2010.

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan pengundi dengan Nama sama Shamsul Salleh didapati layak mengundi di Dun permas dibawah parlimen Pasir gudang.

Apabila disemak dengan teliti didapati Shamsul salleh ini sudah mengundi sejak tahun 1993 di dun permas dan parlimen pasir gudang.Apabila data maklumat SPR Shamsul salleh ini juga didapati tiada alamat yang dinyatakan.Ini adalah terang2 satu kesalahan Akta SPR kerana setiap pengundi yang mendaftar perlu ada alamat lengkap agar dapat ditentukan daerah yang bakal tempat mengundi.

Pakatan Rakyat pasir gudang memberikan tempoh 7 hari untuk Shamsul Salleh tampil ke hadapan untuk menafikan atau memperjelaskan kedudukan sebenar.Pakatan rakyat pasir gudang juga mendesak agar JABATAN PENDAFTARAN NEGARA dan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) menyiasat bagaimana orang yang mempunyai kad pengenalan palsu layak mengundi.PR pasir gudang memandang serious pendedahan ini dan kemungkinan ramai lagi yang mengunakan kad pengenalan palsu yang akan disalahgunakan.Akibat dari kesalahan ini keselamatan negara juga terancam.

Laporan yang dibuat oleh PR ini juga mendesak pihak polis menyiasat kedua-dua Jabatan yang terlibat ini.Perlu diingat beberapa kes sebelum ini JUGA didapati mengunakan kad pengenalan palsu untuk dijadikan pengundi hantu disetiap PRU.Atas sebab kesedaran ini Rakyat menganjurkan perhimpuanan bersih menuntut agar setiap data pengundi SPR yang diragui dibersihkan dahulu DARI pengundi yang mengunakan kad pengenalan palsu dan sebagainya.

Abusiraj Almuner

No comments:

Post a Comment