Oct 16, 2012

37 TAHUN HIDUP TANPA PENGENALAN DIRI

Dalam Negara yang sekian lama mencapai kemerdekaan dan menuju ke arah negara membangun,sudah pasti masalah yang melibatkan status warganegara dan pengenalan diri setiap warganegara sudah lama ditangani.Bahkan proses mengeluarkan Surat beranak itu sudah ada keadah moden yang digunakkan bagi kepentingan umum.



Pagi tadi PAR PERMAS menerima aduan dari seorang lelaki bernama Zulkarnain bin Mohd Noh berusia 38 tahun yang berasal dari kpg Batu 41,Simpang Renggam yang gagal mendapatkan kad pengenalan kerana ketiadaan surat beranak.Beliau yang sudah berkahwin dengan Zalifah Bt Mat Yatim 27 tahun mempunyai 2 orang anak yang berusia 7 tahun dan 6 tahun.Beliau yang berkahwin ketika itu mengunakkan surat pengenalan sementara.Beliau yang tidak pernah bersekolah itu berkerja sebagai jurukimpal hanya mempunyai surat pengenalan sementara dan beberapa kali berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan.Beliau memohon pada tahun 2009 tetapi ditolak kerana tiada bukti bertulis mengenai kelahirannya.



Menurut cerita ibu angkat yang menjaga beliau sejak berumur 3 bulan itu Maimooh bt Basir yang berusia 60 tahun,pada tahun 1975 semasa beliau berada di kempas Johor,beliau telah didatangi oleh sepasang suami-isteri yang ingin menumpangkan Zulkarnain dirumah beliau dan katanya mahu keluar sekejap untuk membeli barangan keperluan.Akhirnya sepasang suami-isteri tersebut menghilangkan diri dan beliau terpaksa menjaga Zukarnain hingga umurnya sekarang mencecah 30 tahun.

Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman berkata beliau akan mengadakan sidang media mengenainya dan sementara waktu beliau akan merujuk aduan ini ke pegawai JPA pasir gudang.



abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment