Oct 17, 2012

KECEKALAN DAN KETABAHAN PUAN MARIAM SARIAN PENGASAS TADIKA ISLAMIYYAH JALAN SURIA


Apabila saudara SeIslam menghadapi  Musibah,kesusahan dan kesulitan adalah wajib bagi saudara Islam yang lain membantu menghulurkan apa yang termampu.Tidak kira dimana maupun ideologynya  berbeza,tanggungjawap itu mesti dipikul,itulah ajaran Islam yang sudah diajar oleh Baginda Rasulullah kepada umatnya.Rasulullah juga tidak mengaku umat sekiranya Umat Islam tersebut tidak mengambil berat saudaranya yang ditimpa kesusahan dan musibah.

Semalam Penyelia PAR permas Tuan syed Othman,Setiausaha PAR abusiraj Almuner dan saudara Mohammad menziarahi Puan Mariam Sarian untuk bertanyakan khabar dan menghulurkan sumbangan dari insan yang perihatin untuk tadika Islamiyyah Jalan suria.

Dalam pertemuan semalam keceriaan terpacar diwajahnya walaupun menghadapi ujian serta rintangan selama ini.Tohmahan dan fitnah yang tidak berasas serta ugutan terhadap dirinya dan seluruh keluarga terdekatnya dan tenaga pengajarnya amat hebat.Menurut katanya Beliau rela menghadapinya yang lebih utama baginya adalah pendidikan Islam perlu  disemaikan dalam kehidupan kanak-kanak warga sabah agar mereka membesar dengan keberakatan Allah SWT.

Puan Mariam berkata beliau juga menerima ugutan yang dihantar oleh pihak tertentu  melalui pesanan sms tetapi itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tadika yang diasas olehnya hatta katanya walaupun nyawa jadi taruhan.Semangat dan kecekalan Puan Mariam itu adalah contoh dan tauladan mujahiddah sebenar yang ingin melihat anak-anak bangsanya berjaya bukan sahaja akedemik tetapi ilmu akhirat agar kejayaan itu kelak mendapat keberakatan oleh Allah SWT .


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment