Oct 1, 2012

Najib Tak hadir Dewan Penakut

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Altantuya Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.


Menurut Anwar, Najib Altantuya sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

No comments:

Post a Comment