PAR Permas Tuan syed Othman bersama Pusat Khidmat Masyarakat PKR Johor Jaya saudara Jimmy Puah telah dihubungi oleh Penduduk untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.Temujanji bersama penduduk dijadualkan pukul 11 pagi pada khamis lepas tetapi terpaksa ditunda ke pukul 12 tengahari kerana maklumat telah sampai kepada pihak MCA kerana PAR PAKATAN rakyat akan menemui penduduk yang terlibat.
Menurut kata salah seorang penduduk Jayanthi Ramakrishnan 39 tahun,16 unit terlibat dalam kebakaran kecil ini dan menyebabkan 2 orang penduduk cedera dan sekarang berada di wad Hospital Sultan Ismail.Beliau mendakwa kebakaran mungkin berpunca daripada kabel TNB dan mempersoalkan dibawah tangga terdapat diesel yang disimpan pihak yang tidak bertanggungjawap serta tiada langkah-langkah keselamatan disediakan oleh badan pengurusan dikawasan tersebut
Salah seorang yang tercedera dalam kebakaran |
Seorang surirumah,Salina bt Mohd Zain 33 tahun yang sudah tinggal selama 6 tahun disitu mendakwa sudah membuat aduan kepada Badan pengurusan bangunan (JMB) mengenainya beberapa kali tetapi jawapan yang diberi oleh Badan pengurusan tidak memuaskan dan saban hari bila diajukan soalan,jawapan yang diberi tetap sama.Beliau mendakwa telah membuat aduan kepada Adun Johor Jaya Tan chek puk mengenainya dan Yb Tan chek puk didakwa berkata masalah ini boleh diselesaikan dalam satu hari dan beliau meminta penduduk berjumpa dengan pengerusi Badan pengurusan untuk menyelesaikannya.Tetapi apabila berjumpa dengan pengerusi badan tersebut beliau didakwa berkata masalah ini akan diselesaikan setelah mendapat wang insurans dalam masa 2 minggu.
Berang dengan jawapan yang diberi oleh Pengerusi Badan pengurusan bangunan (JMB) dan didorong rasa tidak puashati penduduk yang mendapat layanan sedemikian rupa menyebabkan mereka beralih arah untuk meminta bantuan kepada PAKATAN RAKYAT untuk mencari jalan penyelesaian.Setiba saja PAR pakatan rakyat ke apartment itu pagi tadi kami dimaklumkan bahawa selepas lawatan PAR PAKATAN RAKYAT semalam MCA mengumumkan akan memberi sumbangan sebayak RM500 kepada penghuni 16 unit yang terlibat.
Sementara dilokasi yang sama pagi tadi,pimpinan MCA Johor jaya sudah berada di situ untuk mengambil nama setiap penghuni untuk diberikan sumbangan.PAR PR tetap mengadakan sidang media walaupun pemimpin MCA juga berada ditempat yang sama.
pertugas MCA sedang mengambil nama penghuni untuk diberi bantuan |
Apabila ditanya wartawan seorang penduduk yang terlibat itu Ragu a/l Narayanasamy 38 tahun seorang penasihat insurans syarikat swasta berkata beliau berterima kasih kepada PAR PR terutama Tuan syed Othman dan Saudara Jimmy Puah atas kesudian datang serta mendengar rintihan penduduk.katanya lagi walaupun mereka menerima sumbangan RM500 dari MCA sekiranya bukan kerana PAKATAN RAKYAT sudah tentu sumbangan begini tidak akan dapat serta masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan segera.
abusiraj almuner
No comments:
Post a Comment