Oct 10, 2012

PAR PERMAS MELAWAT SAUDARA ELHAM HARON SUK BPPNJ

Saudrab Hood atau di kenali dalam Fb Abusiraj Almuner Su PAR Permas


Saya bersama Elham



Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa ziarah-menziarahi sesama saudara seIslam untuk mengeratkan serta merapatkan lagi hubungan ukhuwah.Apatah lagi sekiranya saudara SeIslam itu ditimpa musibah dan ujian daripada Allah.

Petang tadi penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman Abdullah bersama Abusiraj Almuner melawat sahabat seperjuangan Saudara Elham Haron 45 tahun dari Ledang Muar yang dimasukkan di wad D,Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana disyaki mengidap saluran jantung yang tersumbat.Saudara Elham Haron adalah Amilin sepenuh masa sebagai setiausaha kerja (Suk) Badan perhubungan Pas Negeri Johor.Menurut kata beliau penyakit yang dihadapinya itu mula dikesan pada tahun 2006 setelah beliau mengalami sesak nafas yang teruk.Beliau dimasukkan dihospital Sultanah Aminah ini pada Ahad lepas setelah dihantar daripada Hospital Muar dimana beliau mendapat rawatan setiap bulan.

Saudara Elham yang mempunyai 4 orang anak itu,semasa kami sampai petang tadi sudah bersiap kerana dibenarkan balik oleh pihak hospital.katanya beliau menunggu keputusan MRI dari pihak hospital Kemungkinan beliau akan menjalani pembedahan bypass pada bulan disember depan.

PAR PERMAS berdoa kepada Allah swt agar saudara Elham cepat sembuh agar dapat kembali sihat untuk bersama-sama berjuang di medan perjuangan untuk menegakkan Agama Allah di bumi Johor ini.....Takbir!!!!  Su PAR Permas Abusiraj Almuner

No comments:

Post a Comment