Oct 18, 2012

PENDUDUK KAMPUNG REKOH DI TELUK JAWA BANTAH PEMBUANGAN SAMPAH HARAM


Pembuangan sampah secara haram kerap berlaku di kawasan Masai Johor.Isu ini telah banyak diadukan kepada PAR permas dan kebanyakkan pembuangan ini dilakukan di kawasan terpencil tetapi disedari oleh penduduk dengan terhidunya bau yang amat busuk.


Pagi tadi penyelia PAR permas Tuan syed Othman,Setiausaha PAR abusiraj almuner serta Rakan-rakan dari Pusat khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat Jimmy Puah Pusat khidmat PKR Johor Jaya dan Liow Cai Tung Pusat khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya bersama penduduk mengadakan bantahan dan sidang media di tapak pembuangan sampah haram yang terletak di Kampung Rekoh di simpangan antara Kampung teluk Jawa.Kawasan yang dijadikan tapak pembuangan sampah itu dianggarkan seluas 10 ekar dan ia adalah tapak tanah milik pemaju yang akan membangunkan tanah tersebut.

Penduduk sudah tidak tahan dengan bau busuk
Menurut salah seorang pengadu Lim Feng Ling 37 tahun,beliau tidak menyedari ada pembuangan sampah yang dilakukan di kawasan tersebut.Beliau menyedarinya apabila sampah yang dibuang itu dibakar disebelah malam oleh pihak tertentu,hingga mendatangkan bau yang amat busuk.Beliau yang tinggal di Taman Megahria dan jarak rumahnya dari tapak pembuangan sampah itu adalah 3 kilometer dapat menghidu bau busuk sampah tersebut.katanya lagi beliau meminta pihak yang bertanggungjawap supaya memberhentikan pembuatan ini kerana mencermarkan alam sekitar dan yang amat dikhuatiri ia boleh menyebabkan  penyakit berjangkit kepada penduduk setempat.


Salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak itu,Ang Wee Chong 28 tahun pula berkata lori yang mengangkut sampah akan membuangkan sampah sebanyak 3 kali sehari.katanya jalan yang dilalui oleh lori-lori sampah itu untuk membuangkan sampah yang diangkut telah diterokai sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawap ini kerana jalan tersebut adalah jalan mati.katanya lagi Aduan telah diadukan kepada ketua kampung dan wakil Rakyat setempat tetapi tiada tindakan yang dilakukan.Katanya lagi wakil rakyat hanya datang meninjau aduan itu sahaja.
Ang Wee Chong menerangkan sesuatu kepada Syed Othman,Jimmy Puah dan liow cai tung
Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman juga berkata pihak PAR pakatan Rakyat akan menyerahkan aduan tersebut kepada Biro Pengaduan Awam (BPA),Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Alam sekitar untuk tindakan.Tuan syed Othman berkata dibawah akta kualiti Alam Sekitar 1974 kesalahan boleh didenda sebanyak 500 ribu ringgit dan penjara 5 tahun dan boleh dikompaun 2000 ribu ringgit.Akta ini membenarkan juga Pihak berkuasa berkaitan menyaman Individu dan syarikat yang melakukan kesalahan.

abusiraj almuner









No comments:

Post a Comment