Oct 10, 2012

PROF AMIR HASHIM PENOLONG NAIB CANSELOR HEPA UTHM BALACI UMNO

PILIHANRAYA KAMPUS (MPP) Umum mengetahui banyak kempen diadakan diseluruh Universiti dicemari dengan campurtangan BN khasnya UMNO yang mahukan pemimpin pelajar yang pro pada mereka Memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.Dari sumbangan wangnya untuk berkempen hinggalah MEMBERI ARAHAN kepada pentadbir Universiti agar menasihati pelajar agar menyokong KUMPULAN PRO-BN. SUDAH banyak kali juga didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamkannya untuk dijadikan bukti. Apa yang berlaku di Universiti Tun Hussin Onn ( UTHM) Parit Raja,batu pahat,Johor apabila pentadbir Universiti, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN telah dirakam disebarkan di youtube. Rakaman durasi 3.48 saat itu merakamkan Ucapan Prof Amir Hashim dihadapan Jawatankuasa kolej kediaman.Antara ucapan beliau didalam rakaman itu beliau meminta Ajk kolej kediaman itu menyokong program kerajaan BN dengan membawa hasrat serta segala misi dan visi mengikut kehendak Barisan Nasional.katanya juga sesiapa yang tidak menyokong diminta keluar dari bilik dan letak jawatan kerana beliau mahu suara Ajk sama dengan hasrat beliau.Beliau juga berkata pemilihan MPP yang akan dijadualkan pada 20hb ini akan menjadi tumpuan pelajar UTM dan UITM.Mereka yang akan datang ke UTHM nanti sebenarnya untuk mengkucar-kacirkan keadaan. Prof Amir Hashim sebagai seorang yang tinggi akedemiknya mustahil tidak mengetahui asas demokrasi.Asas demokrasi mudah,yang mana setiap orang harus mempunyai kebebasan untuk mengundi sesiapa.UMUM juga tahu sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengundi sesiapa dan tidak perlu diberitahu apa yang harus dilakukan. Sebagai seorang kakitangan kerajaan Prof Amir kena sedar beliau tertakluk kepada peraturan 21 Perintah Am kerajaan,dimana tidak boleh buat kenyataan sebelah mana-mana parti politik.Andai sekiranya beliau menyertai parti politik sekalipun,beliau tidak boleh berkempen.Sah lagi jelas Beliau telah melanggar peraturan tersebut. Pagi tadi Dewan Pemuda Pas Johor yang diketuai Oleh Ketua pemudanya Saudara Suhaizan Kaiat,Saudara Khairul Faizi Kamil setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPM) bersama exco2 pemuda Negeri menyerahkan memorandum bantahan kepada Encik Naim Bin Maslan timbalan pendaftar UTHM.Menurut kata saudara Suhaizan Bantahan tersebut atas dua perkara iaitu Pertama pegawai UTHM mendesak pimpinan pelajar sokong BN, keduanya adanya unsur2 ugutan terhadap pimpinan pelajar jika tidak menyokong BN. Kita lihat apa kesudahan isu dan bantahan ini,adakah Prof Amir Hashim akan dikenakan tindakan?sekiranya ia berlaku kepada naib conselor yang penyokong PR sudah tentu pihak Universiti tidak menunggu lama untuk mengambil tindakan.Tindakan mungkin tidak akan dikenakan atas Prof Amir tetapi asasnya dan moral realitinya menunjukkan Pemilihan MPP juga kotor dan dicemari oleh setan-setan yang dikenali.   Oleh ....Abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment