Oct 30, 2012

PAR PERMAS MELAWAT KELUARGA PEMUDA INDIA YANG MENINGGAL DUNIA



PAR permas mengunjungi sebuah keluarga India yang agak dhaif di jalan permas 1/4 permas jaya pagi semalam.Keluarga yang diziarah ini telah kematian salah seorang ahli keluarga di hospital
jerantut,pahang.Mayat akan dihantar pulang dan dijangka sampai ke rumah pukul 3 petang untuk upacara kebumian.

Ramu A/L Mathiyalagan berusia 23 tahun  telah meninggal dunia 3 hari lepas dihospital jerantut kerana mengidap penyakit sawan sejak kecil.Menurut kata adiknya,Kanaga a/p Mathiyalagan 19 tahun,Mendiang adalah seorang OKU dan sentiasa dalam perhatian perubatan.


PAR permas simpati dengan keluarga Mendiang Ragu dan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.sumbangan disampaikan oleh penyelia PAR PERMAS syed othman.Turut bersama PAR permas dalam kunjungan adalah ahli jawatankuasa Dewan himpunan penyokong pas India (DHPP) saudara Vasu dan setiausaha PAR abusiraj almuner.

abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment