Oct 22, 2012

PAR PERMAS MELAWAT IBU TUNGGAL YANG PERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMULAKAN KEHIDUPAN

Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman bersama Setiausaha PAR abusiraj almuner pagi tadi menziarahi dan menghulurkan sumbangan serta mendengar sendiri rintihan seorang ibu tunggal yang tinggal di rumah pangsa taman cendana, masai,Pasir gudang.Ibu tunggal ini telah lama menghubungi PAR PERMAS untuk memohon bantuan tetapi kerana kekangan masa barulah pagi tadi kami ada kesempatan menghubunginya untuk datang sendiri menziarahi beliau.


Puan Roshaini bte Abdul Rahman 37 tahun yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 8 dan 11 tahun ini telah kematian suaminya pada bulan march lepas.Semasa kami datang anak sulung beliau sedang menghadapi deman dan sakit perut.Keadaan rumahnya yang kosong  memberikan kesimpulan kepada kami bahawa beliau menghadapi masalah kesempitan hidup.Setelah berjumpa beliau dengan berlinangan air mata beliau memulakan bicara, diwajahnya membayangkan bertapa sedih serta pilunya hari-hari yang perlu beliau tempuhi.

Beliau menceritakan kepada kami  keadaan hidupnya yang tiada punca pendapatan setelah kematian suaminya yang meninggal dunia akibat darah tinggi.Sejak dari itu kehidupan mereka anak beranak dilanda kesempitan hinggakan rakan-rakan beliau pernah mencadangkan beliau untuk berkerja di pusat hiburan dangdut yang berdekatan tetapi ditolak kerana katanya manakan mahu larangan Allah diabaikan.Biarlah ia mencari sesuap nasi dengan cara yang halal walapun dalam keadaan yang begitu payah sekali dan menerima takdir  ini sebagai ujian yang perlu ditempuhi.katanya lagi,beliau belum menerima bantuan Baitulmal walaupun sudah memohon sejak 8 bulan yang lalu.

Puan Roshaini sebelum kematian suaminya,pernah berniaga masakan panas bagi membantu suaminya meringankan bebanan keluarga di bawah blok rumah pangsa taman cendana tetapi sekarang terpaksa dihentikan kerana tiada modal untuk memulakan semula perniagaan kecilnya itu.

PAR PERMAS amat sempati dengan kehidupan yang dilalui oleh puan Roshaini dan PAR PERMAS menghulurkan sedikit sumbangan daripada PAPISMA JOHOR agar dapat membantu beliau menyara hidup bersama anak beliau.

Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada Puan Roshaini bolehlah melawat beliau dialamat N0.37,TINGKAT 3,BLOCK 55,Rumah pangsa Taman cendana,Masai Johor atau boleh menghubungi penulis untuk maklumat lanjut.

abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment