Oct 21, 2012

CERAMAH UMUM DATO FAUZI ABDUL RAHMAN MANTAN T/M PENERNGAN DAN PENYELIA PAR PERMAS DI MERSING



Bertempat di Pasti Al-Iman II,Jalan Dato Onn,Mersing,diadakan ceramah Umum Dato Fauzi Abdul Rahman Mantan Timbalan Menteri Penerangan bersama penyelia PAR permas Syed Othman dan Ust Azam Razak t/ketua pemuda Johor.

Dalam ucapan alu-aluan,Ust Azam Razak juga selaku Timbalan yang dipertua PAS kawasan Mersing berkata bertapa MCA dalam persidangan mereka baru-baru ini bertindak di luar batasan dengan kenyataan dangkal mempersoalkan hudud.lebih menghairankan kenapa UMNO hanya mendiamkan diri.Ust Azam berkata UMNO sebenarnya bukan parti yang memperjuangkan Islam dan sekiranya UMNO kalah dalam PRU13 nanti orang melayu tidak perlu bimbang Pas akan ganti UMNO untuk membela Melayu dan Islam.


Penceramah kedua Tuan syed Othman menegaskan kerajaan BN umno yang memerintah sekarang menzalimi rakyat dengan kenaikkan harga barang.Beliau menjelaskan bagaimana harga kereta nasional yang dijual dengan harga tinggi kepada rakyat Malaysia didalam negara padahal diluar negara dijual dengan harga murah.kos sara hidup yang tinggi dengan harga barang keperluan asas meningkat membuatkan rakyat hidup dibelengu kemiskinan sedangkan pemimpin UMNO membelanja mewah.


Perceramah utama Dato fauzi memulakan ceramahnya dengan berceloteh mengatakan asal-usul keluarganya adalah daripada keluarga UMNO tapi sekarang tinggal seorang sahaja masih berada didalam UMNO.Disamping itu beliau juga menceritakan bagaimana penubuhan UMNO adalah atas usaha Tuanku Abdul Rahman yang ketika itu berada di London bukan atas usaha Dato Onn Jaafar yang diwar-warkan.

Beliau juga berkata pemimpin umno di era Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak adalah sebenarnya bersusah payah dan berkorban untuk membantu Rakyat.Bayangkan katanya apabila kedua-duanya meninggal dunia tidak seorang pun mempunyai rumah sendiri.Beliau menyentuh amalan rasuah yang berlaku sekarang adalah kerana kos kenaikkan harga barang yang memdorong rasuah kerap berlaku.Ini adalah kegagalan UMNO Yang memerintah selama 53 tahun.Isu kapal selam dan banyak lagi isu-isu semasa beliau telah ulaskan.


abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment