PAR permas dalam usaha kebajikan tidak terbatas keatas Masyarakat Melayu sahaja,Matlamat adalah kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa,Agama dan fahaman politik.Usaha kebajikan yang diamalkan PAR permas bukan untuk meraih sokongan politik seperti tuduhan yang dilempar sebelum ini oleh setengah pihak malah ia adalah tanggungjawap sosial dan demi mendapat keredaan dan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT.
|
Penyelia PAR permas menyampaikan sumbangan kepada Hisham kalan disebelah kiri hisham Tuan Dell timbalan tok batin kpg teluk Jawa masai |
Pagi tadi penyelia PAR permas Tuan Syed Othman bersama dengan Setiausaha PAR abusiraj almuner dan Timbalan tok batin kpg teluk jawa Tuan Dell telah melawat dan memberi sumbangan kepada Mangsa kebakaran rumah Orang asal di kpg orang asal kuala masai tmn rinting.Mangsa Hisham Kalan 39 tahun seorang nelayan yang mempunyai 5 orang anak itu berkata kebakaran rumahnya berlaku pada pukul 8 malam telah memusnahkan hampir keseluruhan bilik hadapan rumahnya yang berpunca daripada ubat nyamuk.Tindakan pantas dari jiran berdekatan hanya mengunakan air sungai berjaya memadamkan api,Bayangkan katanya jiran-jiran yang datang membantu seramai hampir seratus orang itu sempat memadamkan api dengan mengunakan air sungai yang berdekatan,kalau tidak katanya lagi ia mungkin boleh memusnahkan keseluruh rumahnya.kebakaran mulai disedari oleh anaknya yang sedang berada di halaman rumah.Beliau berkata lagi kebakaran ini memusnahkan segala dokumen penting seperti surat beranak keluarganya,wang simpanan dan pakaian mereka termasuklah pakaian sekolah anak-anaknya dan buku sekolah.Anaknya juga tidak dapat ke sekolah kerana tiada pakaian dan keperluan sekolah ujurnya.
PAR PERMAS melahirkan rasa simpati atas kejadian menimpa keluraga Hisham dan akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban yang ditanggung olehnya.Dalam kami menziarah Hisham tadi kerja-kerja membaiki rumah beliau telah dijalankan oleh kontractor yang diupah oleh persatuan Nelayan setempat.
|
Air dari sungai inilah yang digunakkan oleh penduduk kampung masai yang berhadapan dengan rumah Hisham untuk memadamkan kebakaran dirumah hisham. |
|
Pemuda UMNO kampung Masai baru yang juga berada di rumah Hisham untuk menjalankan kerja-kerja membaiki rumah Hisham ingin mengambil gambar kenangan bersama Tuan syed Othman.Katanya beliau dibayar oleh Persatuan Nelayan untuk membaiki rumah hisham.
|
abusiraj almuner
No comments:
Post a Comment