Oct 12, 2012

AHLI MAJLIS MCA JOHOR JAYA BERBOHONG



Sidang Media Pakatan Rakyat oleh Jimmy Puah Pusat khidmat Masyarakat PKR dan Tuan Syed Othman PAR PERMAS di kedai Makan Hao Yu,Johor Jaya pagi tadi membangkitkan aduan peniaga sekitar Jalan bakawali mengenai isu kelewatan menyiapkan projek menaiktaraf longkang serta Jalan utama di jalan Bakawali 9,Taman Johor Jaya.Jalan tersebut yang ditutup hampir 3 bulan telah menimbulkan banyak masalah kepada peniaga setempat.Mengikut papan tanda yang dipasang tarikh siap menaiktaraf ini adalah pada 1hb Oktober lepas.
Masalah ini telah disiarkan oleh akbar China Express pada 2hb Oktober lepas setelah sidang media serupa diadakan.Dengan tersiarnya isu berkenaan Ahli Majlis Johor Jaya dari MCA Tan Chun Peng  telah menemui pengadu menjelaskan kedudukan kelewatan tersebut.Beliau menjelaskan bahawa kontractor yang dilantik tidak ada pengalaman untuk menjalankan kerja-kerja menaiktaraf dan kontractor tersebut akan ditamatkan kontraknya.katanya lagi dalam masa satu minggu,kontractor baru akan dilantik dan berjanji akan menyiapkan projek tersebut didalam masa 3 minggu setelah kontractor baru diantik.

Peniaga telah bertemu dengan Yang dipertuan Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT)semalam dan telah dimaklumkan oleh YDP sendiri bahawa tiada kontraktor baru akan dilantik untuk menyambung kerja-kerja menaiktaraf ini.Kerja-kerja menaiktaraf ini katanya lagi akan siap sepenuhnya pada 5 November.
Papan tanda projek menunjukkan tarikh siap pada 1hb  Oktober  2012
Menurut Jimmy Puah apa yang amat dikesalkan ialah Ahli Majlis Johor Jaya Tan Chun Peng ini sanggup berbohong kepada peniaga khususnya Rakyat yang sedang menghadapi masalah.Jimmy Puah juga berkata beliau sebelum ini telah menulis surat kepada pihak MBJBT supaya mengkemukakan salinan perjanjian kontrak terdahulu  dengan kontractor yang telah dibatalkan dan juga salinan perjanjian kontrak dengan kontraktor yang telah dilantik untuk menyambung kerja-kerja itu tetapi tidak mendapat maklumbalas dari MBJBT.

PAR PERMAS Tuan syed Othman berkata pelantikan kontraktor baru untuk menyambungkan kerja-kerja tersebut bukan dapat dilakukan didalam tempoh seminggu sahaja kerana ia akan melibatkan banyak pihak untuk mendapakan kelulusan.Memandangkan keadaan projek sekarang mustahil ia boleh disiapkan dalam tempoh 3 minggu.Beliau juga mempertikaikan kenapa kontraktor tidak berpengalaman boleh dilantik untuk kerja-kerja ini.katanya lagi peniaga khasnya pengadu meminta perjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

Seusai sidang media tersebut sekumpulan pemuda UMNO Johor Jaya telah datang untuk meminta perjelasan dari Tuan Syed Othman dan Jimmy Puah.Mereka berkata mereka ingin mendengar dari kedua-dua belah pihak.Menurut Firdaus Che Aman 25 tahun, beliau memohon agar  kepentingan rakyat seperti ini perlu disegerakan untuk kemudahan rakyat.

Meninjau lokasi projek didapati Kontractor lama masih menjalankan kerja-kerja pembinaan.




abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment