Jul 12, 2009

UMNO TIDAK HENTI LAKUKAN KEZALIMAN RAKYAT

MANEK URAI BARU, 12 Julai - Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh menggambarkan bagaimana UMNO selama ini tidak berhenti-henti melakukan kezaliman kepada rakyat dan tiada tanda-tanda menunjukkan mereka ini sedar dan insaf dengan apa yang mereka lakukan.




Beliau yang berceramah di Manek Urai Baru berkata, para pengundi yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada 14 julai ini ada kaitan dengan firman Allah di dalam surah Huud yang berbunyi "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim [740] yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."



Oleh itu beliau menyeru supaya tidak mengundi UMNO yang telah banyak melakukan kezaliman kepada rakyat Kelantan, terutamanya ahli-ahli PAS.



Baru-baru ini, calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan menjadi bahan penghinaan UMNO sehingga mencetuskan protes di kalangan peraih ikan di seluruh kelantan.



Beliau turut menambah, UMNO sejak dahulu hingga kini terus menerus menggunakan seluruh jentera kerajaan dan harta kerajaan untuk kempen pilihan rayanya.



Rakyat Kelantan di kawasan Ketereh pernah dizalimi oleh UMNO apabila hak mereka untuk mendapatkan subsidi untuk tanaman padi dinafikan sama sekali. Mereka memberi alasan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan pemerintahan pembangkang sedangkan Negeri Kelantan dikuasai oleh PAS. Bayangkan bagaimana nasib rakyat sekiranya UMNO menguasai seluruh Kelantan.




Terkini UMNO menaikkan cukai jalan kenderaan bermotor sebanyak 100%, tetapi dalam masa yang sama melarang para pengusaha bas daripada menaikkan harga tambang. Walaubagaimanapun kenaikan terbaru ini juga tidak disiarkan di media.




UMNO turut mengisytiharkan kenderaan bermotor yang berharga RM 10 ribu ke bawah tidak diterima oleh syarikat insuran dan menyebabkan kenderaan-kenderaan tersebut tidak dapat membayar cukai jalan dan seterusnya tidak dapat berjalan di atas jalan raya.



"Saya yakin dan percaya rakyat Mnek Urai akan mengajar UMNO pada 14 julai ini dengan tidak mengundi UMNO," katanya dengan penuh keyakinan mengakhiri ucapannya pada malam itu.

No comments:

Post a Comment