Jul 4, 2009

KABINET BAYANGAN GIMIK PEMBANGKANG :MASHITAH




SHAH ALAM - Penubuhan Jawatankuasa Khas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengikut kementerian bagi memantau perjalanan Persidangan Dewan Rakyat sebagai 'gimik pembangkang' untuk meraih sokongan rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, dalam jawatankuasa itu satu kementerian diwakili oleh setiap Ahli Parlimen dari PKR, DAP dan Pas ini sengaja dibuat bagi menunjukkan kononnya mereka sentiasa bersatu padu dalam semua perkara.

“Ini bukan sekadar jawatankuasa khas. Ini adalah kabinet bayangan. Pembangkang tidak habis-habis bermimpi untuk merampas kerajaan.

“Ini gimik mereka sahaja. Mereka sengaja nak tunjuk kepada Barisan Nasional (BN) dan rakyat kononnya mereka bersatu padu padahal hakikatnya mereka tidak serasi duduk sebumbung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau menegaskan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sudah memadai untuk memantau prestasi setiap kementerian.

“Siapa yang memberi kepercayaan untuk mereka memantau kerajaan. Mereka lantik diri sendiri dan berangan sendiri.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyambut baik usaha PR tersebut menyifatkan penubuhan 'Kabinet bayangan' PR di Parlimen sebagai satu cabaran yang baik kepada ahli kabinet Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment