Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari semalam yang disifatkannya ‘kasar’ dalam menjalankan penyiasatan terhadap wakil dan Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (Pakatan) negeri Selangor.
Tindakan ‘kasar’ tersebut dikatakan telah menyebab kematian Setiausaha Politik (Setpol) Adun Sri Kembangan yang juga merupakan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Anwar sehari sebelum itu menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.
“Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!,” katanya.
Tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui posting di blognya, Anwar berkata lagi, “[...] akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.”
Sementara itu, mengulas tentang keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada petang tadi, Anwar jelas masih berhati-hati, “Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.”
Walaupun ramai memberikan reaksi positif tentang penghakiman petang tadi, namun baginya pengalaman difitnah sebelum ini membuatkannya lebih berwaspada. “Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi[,]” katanya.
Dalam posting itu juga, beliau turut mengulas tentang persoalan ekonomi di bawah BN. Beliau menyatakan kebinbangan terhadap kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada berkaitan dengan kedudukan ekonomi negara.
Menurut beliau, “MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. ”
Ini menurut beliau lagi, memjelaskan kepincangan pentadbiran negara di bawah kerajaan BN lebih-lebih lagi berhadapan dengan isu yang “mendesak dan berkepentingan umum”.
No comments:
Post a Comment