KEPADA:
PERDANA MENTERI ,
Y.A.B. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
MENTERI DALAM PEJABAT PERDANA MENTERI
Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Kami, pertubuhan sosial dan Parti-parti politik, serta kumpulan masyarakat yang prihatin berasa amat terkejut, sedih dan meragu terhadap tragedi kematian Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang telah dijumpai mati di bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 July 2009.
Tindakan Soal-Siasat SPRM mengambil masa sepanjang kira-kira 10 jam 45 minit, dari jam 5 petang , 15 Julai hingga jam 3.45 pagi hari Khamis 16 Julai, adalah merupkan tindakan yang dapat menyebabkan penderaan mental Mendiang Teoh. Tambahan Lagi, menurut dakwaan Exco Selangor YB Ean, Mendiang Teoh tidak dapat dihubungi dengan telefon, dan dilarang diiringi dengan penasihat undang-undang sepanjang masa tragedi berlaku.
Namun, tindakan SPRM yang melakukan siasatan pantas terhadap Dakwaan Peruntukan ahli-ahli DUN Selangor yang hanya berjumlah 50-60 ribu, adalah bermotifkan politik jika berbanding tindakan SPRM yang kurang bersemangat terhadap siasatan Dakwaan Rasuah di PKFZ yang berjumlah 12.5 Billion dan “Istana” Khir Toyo .
Kami, daripada Jawatankuasa Bertindak berpendapat bahawa Tragedi kematian ini tidak sepatutnya dilihat sebagai isu perkauman, tetapi merupakan isu kebangsaan yang telah menyebabkan pertikaian terhadap Kenapa seseorang yang menjadi Saksi kepada Sisasatan SPRM, telah mati di agensi Kerajaan SPRM tanpa memberi perlindungan yang selamata.
Oleh yang demikian, Kami medesak supaya:
1) Akta SPRM harus digubal untuk memantau tingkah laku anggota penyisasat SPRM yang menyeleweng kuasa dan bermotifkan politik seperti terhadap Dakwaan Peruntukan DUN Selangor.
2.) Suruhanjaya Diraja yang disyorkan Perdana Menteri pada 23 Julai 2009, yang sepatutnya meliputi kuasa siasatan yang lebih menyeluruh terhadap punca kematian dan tingkaklaku penyelewengan kuasa SPRM. Sejumlah setengah bilangan anggota Suruhanjaya hendaklah didirikan dari wakil parti Pembangkang dan Pertubuhan Ngo untuk menunjukkan saksama dan ketelusan.
3) Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan dan semua pegawai SPRM yang terlibat mesti digantung tugas dengan serta-merta untuk mengelakkan segala ganguan dalam siasatan.
4.) Konsep “ satu Malaysia” yang mendahului Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri, harus diterjemahkan kepada Perlindungan terhadap Mendiang Teoh, seorang Rakyat yang tidak seharusnya mati di bawah Pentadbiran Kerajaan.
5.) Perdana Menteri harus memastikan sistem penguatkuasaan seperti SPRM, tidak mencabuli hak asasi sesiapa sahaja dalam proses siasatan. Lanjutannya, Pengesyoran IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ) terhadap pemantauan salaklaku polis, juga dapat diapplikasi untuk menubuhkan badan pemantauan kuasa pihak penyiasat SPRM yang dapat mencegah berlakunya kes kematian saksi di Agensi SPRM.
Sekian.
Jawatankuasa Bertindak Rakyat Negeri Johor —
Menuntut Keadilan untuk TEOH BENG HOCK
Teoh Beng Hock diugut oleh org2 DAP kerana mendiang mempunyai bukti kukuh penyelewengan oleh pakatan rakyat.
ReplyDelete"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
_______________________
View Profile: Rantong™