Jul 22, 2009

DAP MAHU SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA DI LULUSKAN KABINET

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha DAP mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang akan ditubuhkan ini lebih bersifat langsung, neutral dan menyeluruh dengan tujuan mendedahkan kebenaran bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Teo Nie Ching berkata, hari ini merupakan hari yang ditunggu oleh semua rakyat di Selangor kerana Kabinet akan bermesyuarat dan memutuskan sama ada akan menubuhkan Suruhan Siasatan Diraja atau tidak bagi menyiasat kematian Beng Hock.

“Rabu ini merupakan hari ketujuh kematian Beng Hock dan DAP mahu suruhanjaya ini ditubuhkan dan diluluskan bagi memberi keadilan serta keselesaan kepada semua orang terutama keluarga mendiang Beng Hock.

“Jika suruhanjaya di tubuhkan pihak Barisan Nasional (BN) hendaklah bersifat neutral dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) menyertai bahagian dalam pelantikan ahli dalam suruhanjaya tersebut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mendiang Beng Hock merupakan ahli DAP dan logik serta sesuai jika separuh daripada ahli suruhanjaya itu dianggotai oleh orang PR.

Dengan melakukan sedemikian, maka rakyat akan percaya bahawa suruhanjaya tersebut bersifat bebas dan tidak memihak serta boleh dipercayai.

“Suruhanjaya yang ditubuh ini juga perlu menyiasat punca kematian Beng Hock dengan menyeluruh. Di samping itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibuat penilaian semula dari segi kuasa dan prosedur operasi piawai (SOP).

“Bahkan SPRM tidak sepatutnya dibenarkan untuk mencari bukti dan soal siasat saksi-saksi selepas jam 7.30 malam. Oleh itu, SPRM perlu menjalani satu reformasi dan bukannya menjadi alat kepada kerajaan BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment