Jul 4, 2009

C4 DAN PUAKA

Selaku rakyat yang celik minda dan terang hatinya pasti akan mempersoalkan tindakan pihak Polis menangkap 2 orang mahasiswa Universiti Malaya dan diseret ke mahkamah hanya kerana didakwa menconteng perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan bini Najib ke universiti tersebut.

Sudah tentu ada sebabnya mengapa perkataan itu diconteng di dinding. Selaku pelajar bijak yang menuntut di menara gading dan mempunyai 'access' maklumat tanpa sempadan, sudah tentu mereka tahu menilai dan mengenali "Siapakah Sebenarnya Rosmah".

Bukan setakat mahasiswa yang mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku dalam perbicaraan Kes Pembunuhan Altantuya malah seluruh rakyat yang celik hatinya tahu siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam memberi arahan pembunuhan paling kejam itu. Hanya golongan manusia bangang saja yang mempercayai "sandiwara semasa" dalam perbicaraan tersebut.

Pernahkah kita terfikir mengapa orang kampung Rosmah sendiri sanggup membuat pendedahan tentang siapa Rosmah sebenarnya melalui 3 klip video yang bertajuk "Rosmah Perempuan Puaka". Mereka membuat pendedahan ini kerana rasa marah dan tidak puashati dengan segala tindak-tanduk Rosmah selama ini.

Dalam klip video 1, adiknya sendiri Rosmanuddin bin Mansor menyebut "Saya nak meninggalkan Malaysia kerana tak puashati dengan Rosmah Mansor, seorang VIP telah membunuh seorang gadis Mongolia."

Tak tahulah kita apa nak jadi dengan negara ini. Golongan yang berkuasa bebas melakukan apa saja bentuk penyelewengan dan jenayah tanpa sebarang sekatan. Mereka kebal daripada tindakan undang-undang. Yang menjadi mangsa "Undang-Undang Rimba" ini adalah para pemimpin pembangkang dan para penyokongnya serta rakyat marhain.

Polis pula memang sejak sekian lama dijadikan mangsa untuk melindungi kepentingan kuasa mereka. Kita tak pernah lupa bagaimana bekas KPN Rahim Noor yang membelasah Anwar Ibrahim di dalam tahanan Bukit Aman sehingga hampir maut.

Dan yang terbaru, dua anggota Polis Chif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul Azhar yang terpaksa dijadikan "kambing hitam" bagi menyelamatkan individu sebenar yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Perlu diketahui bahawa majoriti anggota Polis dalam negara ini sudah meluat dengan segala tindak-tanduk para pemimpin UMNO yang memperalatkan mereka. Namun mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana terpaksa melaksanakan segala arahan pegawai atasan .

Semuanya ini adalah rentetan peristiwa yang membuktikan betapa dahsyatnya pemimpin utama UMNO dalam merealisasikan visi dan misi mereka untuk terus kekal berkuasa. Bagi mereka "matlamat menghalalkan cara". Cara inilah yang dilakukan oleh puak Yahudi Zionis untuk menguasai dunia.

Jika Rosmah sanggup mengugut adik kandungnya sendiri sehingga adiknya itu terpaksa lari meninggalkan Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarga, apatah lagi orang lain yang langsung tiada pertalian darah dengannya... Dan itulah yang menimpa Altantuya Shaaribu.

Sebagai rakyat, kita mesti selamatkan negara ini dengan melakukan perubahan dalam PRU13 nanti.

"Negara Kita Tanggungjawab Kita Bersama"

No comments:

Post a Comment