Jul 12, 2009

TALIAN HAYAT UMNO DI MANIK URAI

MANEK URAI, 12 Julai – ”Jika PAS menang di Manek Urai, terbuktilah secara muktamad bermulanya hari-hari terakhir Umno,” ujar Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi oleh pemberita semalam.



Beliau menyimpulkan, jika di tempat pengundi berbilang kaum seperti di Bukit Gantang dan Permatang Pauh pun Umno tewas, apatah di Manek Urai yang sememangnya kubu Pas.


Menurutnya, sepertimana yang berlaku di Kuala Sepetang yang keseluruhanya masyarakat Cina, 84 peratus daripadanya berpihak kepada Pas.


"Pas mendapat undi popular sebanyak 84 peratus, bermakna Umno sudah tiada ruang untuk bernafas bagi menyambung tali hayat mereka," tambahnya.


”Saya pasti Manek Urai bakal menjadi saksi bermulanya hari-hari akhir Umno di dalam senario politik negara".


Justeru itu, di Pilihanraya Manek Urai ini, Umno perlu berusaha melakukan sesuatu bagi menyelamatkan parti itu.

No comments:

Post a Comment