Jul 18, 2009

SATU TAMPARAN HEBAT PADA KOMPONEN BN

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telahpun membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.

Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan pentertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

"Saya mencari- cari parti yng berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," katanya lagi

No comments:

Post a Comment