May 28, 2009
UMNO SESAT
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membawa ajaran sesat kepada orang Islam di negara ini kerana sering membezakan antara agama dan politik sedangkan agama dan politik malah seluruh kehidupan kita tidak boleh kita pisahkan daripada agama.
Katanya lagi, mungkin kerana mereka pisahkan antara politik dengan agama maka mereka sanggup lakukan apa saja bagi mencapai tujuan politik mereka. Mereka juga sanggup merasuah asalkan matlamat mereka tercapai. Mereka memang sudah hilang rasa, sudah hilang takut dosa dan inginkan pahala.
“Pemimpin UMNO pernah cuba merasuah beberapa orang wakil rakyat PAS pada penggal lepas kerana ketika itu perbezaan hanya satu kerusi. Mereka tawarkan YB Buyamin, Datuk Hasan, Pak Ya sebanyak RM5 juta dan Ustaz Nasarudin Daud sebanyak RM10 juta.” katanya dihadapan 5,000 orang ketika menyampaikan ceramah politik PRK Dun Penanti di Guar Jering, Guar Perahu semalam.
Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution Ismail serta calon PKR Dr. Mansor Othman.
Tuan Guru Nik Aziz meminta para pngundi di DUN Penanti akan menggunakan peluang yang ada untuk memenagkan calon ditonjolkan PKR yang merupakan seorang yang mempunyai pendidikan yang baik dan mampu memberikan khidmat kepada masyarakat.
“Pas tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PKR hatta DAP sekali pun asalkan kita dapat titik pertemuan dalam perjuangan. Bukan PAS dan Islam saja yang tak suka dan tak mahu rasuah, kezaliman dan apa saja yang tak baik dan bermoral malah DAP dan PKR juga sama.” Katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau umno sesat maka pas pun sesat juga. Sapa berani kata dalam pas tidak ada rasuah? Sapa berani kata dalam pas tidak ada perebutan kuasa? Sapa berani kata pemimpin-pemimpin pas tu baik belaka?
ReplyDeleteKalau di Kelantan apa yang mereka buat untuk Islam? Cakap banyak boleh la. Cakap tak kena bayar. Nak buat masjid kena bayar oleh itu berapa buah masjid yg mereka buat? Nak baiki jalan kena bayar oleh itu di sana jalan rosak dan berlubang bila nak baiki?
Di sana sini di Kelantan ni, ramai mana yg tak pergi sembahyang Jumaat, apa yg mereka buat?
Rasuah, curi, pecah rumah, zina, dadah, arak, tak ada bezanya antara negeri Islam ini dengan negeri-negeri lain. Apa yg mereka buat untuk mengatasi masalah gejala sosial itu? Dalam Islam tak boleh cakap sahaja, yang pasti Rasulullah mempraktikkan apa yg Baginda sabdakan. Di negeri Islam Kelantan ni, asyik nak persalahkan orang lain sahaja. Itu tak betul dan orang ni pula tak kena. Itulah dari dulu sampai sekarang. Cakap senang la woi, tiba masa nak buat mula berdalih itu dan ini.
Itulah Islam cara pas yg aku paham.
Dua tiga minggu lepas aku balik kampung di Besut Trg, aku nampak bendera pas bersirip di tepi-tepi jalan kiri dan kanan di tempat-tempat tertentu. Kebetulan sehari dua selepas itu aku dalam perjalanan pula ke Seberang Prai, aku nampak di beberapa tempat di sepanjang jalan itu bendera pas, macam di kampung aku, maknanya operasi pasang bendera itu dibuat di seluruh negara. Rasanya macam musim pilihan raya pula. Apa maknanya itu semua? Berpolitik sepanjang masa lah tu. Rakyat diajak berbalah dan berpolemik sepanjang masa.
Itulah Islam pas yg aku paham.
massmerah