May 25, 2009

PPP :PULAK DALAM DELIMA



Satu perhimpunan tergempar yang didakwa dianggotai oleh 1,760 perwakilan dari 778 cawangan parti itu memilih Senator Datuk T.Murugiah sebagai presiden baru.

Perkembangan terbaru ini menimbulkan keadaan seolah-olah PPP kini mempunyai dua orang presiden, manakala perhimpunan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini juga dipersoalkan kesahihannya mengikut Perlembagaan parti itu.


Bagaimanapun pada sidang akhbar kemudian, Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung itu adalah sah mengikut perlembagaan parti.

Kepada pertanyaan wartawan adakah mengikut perlembagaan parti hanya Presiden parti sahaja yang boleh memangil mesyuarat itu, Murugiah berkata: "Perkara seperti itu tidak wujud...bahagian perundangan itu biarkan ia kepada peguam untuk mengendalikannya dan kita juga serah semua keputusan pada ROS (Pendaftar Pertubuhan) biar ROS buat siasatan".

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan esok untuk menyerahkan semua laporan mengenai mesyuarat hari ini.

Murugiah berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan mesyuarat hari ini kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai wujud dua presiden PPP, Murugiah berkata: "Keputusan telah dibuat oleh perwakilan dan usul sudah diluluskan sebulat suara memilih saya... saya cuma dijemput hadir pada hari ini.

"Jadi tidak wujud isu dua presiden kerana (Presiden parti Datuk M) Kayveas sudah dilucutkan jawatan dan ia bukan keputusan saya...kerana ini semua keputusan perwakilan."

Sebelum pemilihan dijalankan, Murugiah bersama enam lagi anggota yang sebelum ini dipecat oleh Lembaga Disiplin kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan dalam parti, diterima masuk kembali sebagai ahli yang sah.

Perwakilan kemudian bersetuju dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Kayveas sebagai Presiden PPP.

Perwakilan turut bersetuju dengan usul untuk membatalkan tarikh penamaan calon yang dijadual pada 31 Mei ini dan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti yang sepatutnya diadakan pada 7 Jun.

Ketika dihubungi, Kayveas berkata beliau masih presiden PPP yang sah, sambil berkata bahawa perjumpaan di Putrajaya adalah haram.

"Mereka telah mengelirukan polis dan menyalahgunakan permit yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasauntuk tujuan yang lain," katanya.

Katanya Murugiah tidak berhak untuk memanggil satu perjumpaan kerana dia telahpun dipecat daripada parti.

Kemelut politik yang seakan seperti di Perak dimana perlantikan dipersoalkan.

No comments:

Post a Comment