May 20, 2009

KHIR TOYO HINA DEWAN DI GANTUNG SETAHUN


Nampaknya sikap degil dan keras kepala pemimpin UMNO-BN memang sejak dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah.Semenjak dari berkuasa hinggalah hilang kuasa,sikap degil,angkuh dan sombong nampaknya memang telah sinonim dengan pemimpin UMNO-BN.Kerana sikap degil dan keras kepala itulah,Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo digantung daripada menghadiri dewan selama setahun.Bukan itu saja,segala kemudahan sebagai ahli dewan undangan negeri turut digantung selama tempoh yang sama.Ini bermakna,Khir Toyo akan menjadi ahli dewan undangan negeri tanpa gaji selama setahun.Semuanya bermula kerana keengganannya hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang bersidang pada Mac lalu berhubung wang tajaan yang disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis). Inilah contoh pemimpin yang angkuh,bongkak dan sombong walaupun telah hilang kuasa .Tak apa,,, Khir.. hang bukak pusat rawatan muka pulak,nanti kami pi buat rawatan kat sana .

No comments:

Post a Comment