May 18, 2009

BN ANGGAP MALAYSIA MAK BAPAK DIA PUNYA

Walau apapun keputusan Mahkamah pada hari Khamis 21 Mei ini, UMNO tetap dengan lagak samseng yang menganggap Malaysia ini dia yang punya. Jika keputusan itu menyebelahinya maka bertambahlah angkuhnya dan bertambahlah merana rakyat Perak.Jika keputusan itu tidak menyebelahinnya, maka jangan dianggap YAB Nizar bersama dengan Pakatan Rakyat dapat tidur dengan lena. Zambry bersama UMNO akan mencari jalan menumbangkan kerajaan 'minoriti' Pakatan Rakyat. Dijangka Zambry akan membawa usul undi tidak percaya kepada YAB Nizar dengan menggunakan Speaker 'haram'.Jika itu terjadi maka kemelut ini akan berpanjangan. Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan Mahkamah untuk menentusahkan siapa sebenarnya Speaker yang sah, walaupun 1 Malaysia tahu V.Sivakumar adalah speaker yang sah.Jadi untuk meleraikan segala kekusutan yang berpanjangan ini, pembubaran DUN adalah yang paling tepat.Wahai NAJIB, kalaulah betul rakyat didahulukan, kembalilah kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment