May 23, 2009
lLIVE: LIMA CALON
kemaskini 11.10am Selepas tempoh bantahan tamat jam 11 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman kini sedang menunggu pengumuman rasmi pegawai pengurus pilihanraya Roslan Yahaya.
Jika tiada sebarang penolakan kertas pencalonan, kelima-limanya akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.
Proses penamaan calon mencipta sedikit kejutan apabila Kamarul Ramizu Idris - calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak - turut mencuba nasib di satu kerusi DUN di Pulau Pinang.
Tiga lagi calon bebas: bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman.
Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong.
Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada Mansor yang mempertahankan kerusi parti itu - satu daripada tiga DUN bawah parlimen Permatang Pauh.SILA REFRESH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment