May 16, 2009

SELESEMA BABI

JANGAN PANGGIL AKU BABI....SEBUT KHINZIR AJE ....MANJA SIKIT





Khabarnya seorang pelajar berusia 21 tahun telah disahkan sebagai mangsa pertama positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi.Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dilaporkan berkata: "Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini. Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."Khabarnya juga pelajar itu, baru pulang dari Amerika Syarikat dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Berdasarkan laporan, Kementerian telah mengambil tindakan dengan menyiasat perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi rabu.Antara gejala selesema babi ialah demam, batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak.Apa harapan kita?Kita ingin mengingatkan supaya rakyat Malaysia yang kembali dari negeri-negeri yang telah dijangkiti selesema babi supaya mengambil langkah berwaspada. Ini termasuklah anak-anak ahli politik/pemimpin kita yang bersekolah dan belajar di sana.sahabat sahabat berhati hati kalau ada tanda tanda di atas cepat cepat la tinggal wasiat.....

No comments:

Post a Comment