May 11, 2009

NAJIB ALTANTUYA TAK PUAS HATI




Ketidak-ikhlasan PM, Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut politik Perak jelas terbukti apabila beliau dengan terang-terang menyatakan Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah kerana "kita rasa kita ada kes yang kuat.”Ditanya sama ada pilihanraya negeri adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib menjawab:"Saya tak boleh komen perkara itu pada masa ini."Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, Perdana Menteri berkata beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.Beliau juga ditanya sama ada BN akan mengatur satu lagi sidang DUN untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar bagi membolehkan BN kembali berkuasa di Perak."Saya tidak tahu lagi, langkah pertama kita adalah membuat rayuan," tambahnya.

No comments:

Post a Comment