Pagi tadi saya di hubungi oleh Wak man Kampung Plentong kata nya, pada saya ..ada hal mustahak ...insyallah pukul 2.30 saya datang Wak,sebab pagi ni dah ada dua pengandu yang perlu saya jumpa ...Encik vasu dan Encik Raman di Permas jaya ...dan tengah hari pulak saya ada pertemuan dengan Mr yip Pengerusi PIBG Sekolah Permas Jaya 2.
Selepas zohor saya terus ke rumah Wak man sampai dah hampir pukul 2 ...wak man dah tunggu saya.
selepas saya duduk berbual tanya sama ada dia pergi ke laut tak hari ini ..kata nya dah lama tak ke laut ..Wak man mula cerita dengan saya dengan nada sebak sebak dah 7 bulan Kebajikan
Masyarakat tak masuk duit kepada saya bukan banyak sangat hanya Rm 135 sahaja tiap bulan ....setiap kali saya hubungi mereka... kata dalam proses ...nak tambah dari Rm 135 kepada RM 300..tapi kenapa lama sangat, itu lah duit beras saya dan isteri saya ...dah 7 bulan Wak tunggu ..Wak orang susah Rm 135 berharga bagi Wak nak sara isteri Wak sakit mental ...Syed tahu tak Wak hanya makan ala kadar sahaja kadang kadang Wak putus beras Wak Puasa sahaja ..kalau ada jiran bagi beras Wak masak .Makcik engkau ni tak apa ..dia tak pernah mintak nak makan apa ,cuma Wak pastikan ubat dia sentisa ada ...pagi tadi Wak makan nasi lemak aje dah cukup sampai malam ...habis apa sumber Wak tanya saya pada Wak? ..dia kata kadang kadang dia jual kayu bakau itu pun kalau ada tempahan untuk kenduri kahwin...Wak tak mampu pergi laut dalam kerana engine bot kecil dan sampan kecil ...sungai pulak tercemar teruk jadi hasilnya kurang .,Pasal tu Wak harap sangat duit Kebajikan tu untuk beli barang dapur..Wak dalam nada sebak maklum pada saya dia hanya masak nasi sahaja... nak goreng minyak tak ada ...barang dapur yang ada cuma beras sahaja..Wak maklum pada saya ada satu lagi keluarga yang sedang menghadapi masalah yang sama Wak ingat Wak aje yang susah rupanya ada lagi yang susah syed ...Wak mula menitis air mata ..Keluarga Pakcik Husin katanya menghadapi masalah yang sama ..Mengakhiri ceritanya pada saya pada petang yang sayu.Isu Wak ini dan Pakcik Husin akan saya buat sidang media pada esok hari jam 10.30 pagi .Di rumah Wak man.
No comments:
Post a Comment