May 28, 2009

PILIHANRAYA KECIL :MANIK URAI



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai ialah pada 6 Julai manakala pengundian ialah 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 22 Mei lepas, mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 24 Mei lepas, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Abdul Aziz berkata penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu

No comments:

Post a Comment