May 30, 2009

KECICIRAN INDIVIDU DALAM JAMAAH


Gejala ini akan menular setiap individu dalam gerakan jika ia tidak dibendung dengan iman dan taqwa. Di sini syaitan akan memainkan peranannya menghalang orang-orang mukmin bekerja dalam dakwah dengan menakut-nakutkan individu tentang masa depan, rezeki dan sebagainya. Sebab itu individu hendaklah sentiasa menyertakan kesabaran dan taqwa bersama dirinya dalam mengharungi fitnah ini.

Kita dapati ramai individu dalam jamaah pada peringkat awalnya hebat, tetapi apabila diberi sedikit ujian dengan gangguan rezeki, kemiskinan, ugutan, tekanan, pangkat, anak, isteri, keluarga dan sebagainya, menyebabkan dia semakin hari semakin menjauhkan diri dengan jamaah dan sentiasa memberi alasan yang tidak menusabah.

Sebab itu Allah SWT telah menyebut di dalam firmanNya yang bermaksud :
" Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan menudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." ( Ali Imran : 120 )

" Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan kamu dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tapi takutlah kepadaKU, jika kamu benar-benr orang-orang yang beriman." ( Ali Imran : 175 )

Bagi mengelakkan keciciran ini, Allahlah tempat yang mesti kita bergantung kepadaNya kerana semuanya adalah milik Allah dan Dialah yang memberikan segala-galanya kepada kita. Kita ambilah pengiktibaran kisah-kisah para nabi dan sabahat nabi yang berpegang teguh dengan janji Allah dan akhirnya kita lihat mereka berjaya mengharunginya dan diberi kemenangan oleh Allah sehingga hari ini kita dapat mengecapinya hingga hari ini.

Marilahlah sama-sama kita bangunkan diri kita dan jamaah kita bersama iman dan taqwa serta sayangilah parti kita sebagaimana kita sayangi diri sendiri apabila kita sakit kita cari ubat.

No comments:

Post a Comment