May 21, 2009

RM300 ITU JANJI JKM


Pagi tadi saya bersama Wak man ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Baharu untuk tahu perkembangan isu Wak man. Yang pernah di siarkan dalam blog ini dan juga pihak media,dalam pertemuan pagi tadi wakil JKM telah maklumkan bayaran akan di buat pada bulan JUN ini sebanyak RM 300 sebulan termasuk tunggakkan.Kalau dulu satu bulan Wak man hanya dapat RM 135 sahaja. Wak man juga telah maklumkan pada saya ,yang dia hutang di kedai runcit telah di jelaskan oleh Ketua Kampung ,Cuma yang bising ketua Cawangan Umno tak puas hati kerana isu ini masuk surat khabar dan kenapa orang PAS masuk campur hal Kampung ini .

No comments:

Post a Comment