May 12, 2009

TERKINI PERAK;SUMBER HARAKAH

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK jam 7.31 pagi tadi selepas mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.




Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.
Difahamkan seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam. Untuk itu hanya Nizar dan lapan Exconya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.
Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dan mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dihantar oleh pembantu Nizar sendiri kepada pihak istana. -





No comments:

Post a Comment