May 23, 2009

LIVE ;CALON BEBAS



10.31 am : Polis benarkan 30 pengundi DUN Penanti dengan lima orang setiap kumpulan secara berperingkat meneliti kertas pencalonan yang dipamerkan di luar pintu masuk utama IKBN BM.

CALON Bebas, Mohd Saberi Othman (tengah) bersama penyokongnya tiba di pusat penamaan calon pilihan raya kecil N12 di Dewan Perdana IKBN Bukit Mertajam


10.23 am :Keadaan masih tenang dan lancar…penyokong kira-kira 2,000 dan mereka menunjukkan sikap kesopanan. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos yang akan mengundi di 32 saluran di sembilan pusat mengundi pada 31 Mei ini.

10.21 am :Wakil calon PKR dilihat mengambil borang bantahan

10.10 am : Penasihat undang-undang PKR ketika ini sedang melihat kertas penamaan, calon yang lain. Hanya PKR parti politik yang bertanding. Calon Bebas akan diberi simbol daripada senarai yang disediakan SPR.

10.05 am :PENYOKONG PKR yang hadir mengiringi calon di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Penanti di IKBN Bukit Mertajam




10.00 am : Pegawai Pengurus Pilihanraya sebentar tadi umum tempoh sejam menghantar borang ditutup. Sekarang adalah tempoh bantahan pencalonan selama sejam sehingga jam 11 pagi.

09.59 am :Ketika ditemubual dari Kuala Lumpur sebentar tadi, Kamarul Ramizu berkata memang hasratnya untuk memperkenalkan konsep keimanan dalam politik dan tujuan bertanding kali kedua selng sebulan bukan kerana kepentingan diri atau hendak menjadi popular.

9.30 pagi: Lima calon termasuk empat calon Bebas sudah kemuka borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Penanti. Mereka ialah Mansor Othman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala empat calon Bebas terbabit ialah Aminah Abdullah, Nai-Khan Ari, Kamarul Ramizu Idris dan Mohd Saberi Othman.

No comments:

Post a Comment