May 15, 2009

JANGAN SALAHKAN SAYA :NAJIB


Perak: Jangan salahkan saya, kata Najib May 15, 09 6:02pm Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di Perak kerana baginda telah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN. Perdana Menteri berkata beliau sendiri juga tidak harus dipersalahkan kononnya menjadi punca kepada krisis itu yang sudah berlarutan lebih tiga bulan. "Dalam amalan demokrasi kita, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula akan melantik menteri besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti, sebagai menteri besar," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, di akhir sidang sedang kemuncak inisiatif segitiga terumbu karang (CTI) di situ.

No comments:

Post a Comment