May 22, 2009
PERATURAN JAKUN
perjalanan balik jumpa Wan su Pemuda terdengar juruhebah radio FM bercakap mengenai peraturan baru yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Bahasa mudahnya PRK DUN Penanti sebagai 'pioneer' kepada perlaksanaan ini.
Undang-undang jakun tersebut ialah larangan berkempen di pondok panas. Pihak Polis diberi kuasa untuk menangkap sesiapa dari kalangan mana-mana penyokong parti politik yang melanggar peraturan ini. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun.
Sapa pun boleh agak kenapa peraturan baru ini tiba-tiba saja dibuat. Dan DUn Penanti dipilih sebagai tempat 'eksperimen' bagi mengenalpasti sejauh mana keberkesanannya untuk 'menjatuhkan' Pakatan Rakyat.
Kita nak habaq pada Pengerusi dan SU SPR, hang pa jangan nak berdolak-dalik dengan memberi alasan bahawa peraturan baru ini adalah untuk;
1- kebaikan semua parti politik yang bertanding,
2- mengelakkan kesesakan berlaku di pintu masuk Pusat Mengundi,
3- mengelakkan berlaku 'pertempuran' antara para penyokong parti yang bertanding,
4- memastikan para pengundi tidak diganggu sewaktu mereka sampai di pusat mengundi.
Sepatutnya SPR ni ditukarkan namanya kepada Suruhanjaya Pilihanraya Barisan Nasional. Jadi semua orang tahu yang selama ini SPR jadi 'pecacai hina' UMNO/BN. Teringat saya kata-kata seorang penceramah bebas yang menyebut SPR ini sebagai "Sial Punya Rashid". Pada ketika itu Tan Sri Rashid menjadi Pengerusi SPR yang jelas menjadi 'boneka' UMNO/BN.
Salah satu punca kekalahan PAS di Terengganu sehingga hilang kuasa pemerintahan dalam PRU11 lalu adalah berpunca dari pengundi hantu yang berjumlah puluhan ribu layak mengundi kerana nama mereka terdapat dalam Daftar Pemilih. Wahai Rashid, kau jawablah sendiri di hadapan Allah di Mahsyar kelak kerana sanggup bersubahat dengan UMNO bangsat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam
Kita tahu perlaksanaan peraturan baru ini adalah atas arahan Najib dan UMNO bagi persediaan PRU13 kelak. Setelah mereka sedar yang pengundi hantu kini sudah cerdik. Mereka hanya berpura-pura saja untuk undi BN. Bila dapat kertas undi, mereka undi PR. Inilah yang berlaku di Kelantan. Pengundi hantu sendiri belot pada BN dan mendedahkan perkara tersebut kepada pimpinan PAS dalam PRU12 lalu.
Manakala Pengerusi dan SU SPR, aku sarankan mereka letak jawatan dan jadi ahli UMNO dan bertanding. Jangan kamu tersengeh-sengeh macam kerang busuk ketika buat kenyataan media sambil berkata "Peraturan baru ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Kita tak mahu lagi berlaku sebarang kekecohan di kawasan tempat mengundi sepertimana yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang lalu. Kejadian seperti ini boleh menyebabkan para pengundi takut untuk keluar mengundi...."
Kan lebih baik Pengerusi SPR atau SUnya cakap "Kami hanya ikut arahan PM dan UMNO". Kan lebih baik berterus-terang je. Lagi senang. Sekurang-kurangnya tak jadi munafiq.
Sebenarnya perlu diakui oleh semua pihak bahawa Najib dan UMNO sedang nazak terkenal 'virus H1N1 selsema babi'. Mereka sangat takut sekarang. Takut mereka bukan alang-alang. Macam ternampak hantu Sundel Bolong. Najib pulak memang dah lama diserang ketakutan setiap malam dek bayangan Altantuya yang mengejarnya di mana saja dia berada.
Kita sebagai pendokong Perjuangan Islam, tak usah risau dengan peraturan jakun SPR dan UMNO ni. Mereka ingat dengan perlaksanaan undang-undang ini akan mengurangkan sokongan rakyat pada PR dan memberi peluang untuk UMNO/BN menang. Minta maaflah... Majoriti rakyat negara ini sudah bijak. Mereka dah tersangat kenal siapa pemimpin UMNO/BN dan siapa pula pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS.
UMNO/BN perlu sedar, perjuangan atas dasar bangsa telah basi dan lapok. Out of date. Rakyat Malaysia pelbagai bangsa sudah jelak dengan propaganda murahan UMNO/BN selama ini yang tak habis-habis bercakap pasal bela bangsa. Bukannya bela bangsa. Tapi bela kroni dan keluarga.
Najib dan UMNO semakin meroyan bila masyarakat bukan Islam hari ini berbondong-bondong menyokong PAS. Sehingga ada salah seorang ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India mengakui bahawa PAS adalah pilihan terbaik untuk memerintah negara ini. Katanya lagi, agama dijadikan tulang belakang dalam PAS. Sebab itu kita lihat pemimpin PAS orangnya amanah, jujur dan tiada rasuah. PAS telah terbukti adil kepada semua bangsa dan agama. Kita sendiri boleh lihat masyarakat bukan Islam di Kelantan sendiri mengakui mereka selesa di bawah pemerintahan Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Menteri Besarnya Tuan Guru Nik AZIZ.
Kita lihat saja sejauh mana SPR boleh bertahan dengan peraturan jakun yang dipindanya. Silap-silap tak sempat sampai PRU13, ubah balik macam asal atau buat lagi peraturan-peraturan lain untuk memenangkan UMNO/Bn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment