May 18, 2009

TIADA POLITIK WANG


Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan amalan politik wang tidak wujud dalam parti itu seperti yang digembar-gemburkan terutamanya menjelang pemilihan Jun depan.Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata jawatankuasa itu juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang."Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain."Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyurat itu berakhir.

No comments:

Post a Comment