May 18, 2009

NAJIB MAHU DI KENALI PENDANA MENTERI RAKYAT....?


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat. “Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. “Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Majlis yang bertema ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. “Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. “Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. “Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri. Najib berkata, oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew TV (media). Katanya, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Menurutnya, kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana. - PM TOLONG TENGOK MASALAH PERAK KALAU BETUL KATA NAK LIHAT MASALAH RAKYAT ATAU PM KITA CAKAP KOSONG SAHAJA ...APA KOMEN PEMBACA DALAM HAL INI.

No comments:

Post a Comment