Sedih dan terharu melihat nasib yang menimpa sekumpulan 5 keluarga di kahang barat kluang,yang mana rumah idaman yang sepatuhnya menjadi tempat berteduh sekeluarga telah diranapkan oleh pihak berkuasa tempatan beberapa bulan lalu.Dari 24 keluarga dalam kelompok peserta yang terbabit yang membina rumah di tanah tersebut hanya tinggal 5 keluarga yang masih bertahan.Mereka ini tidak berganjak untuk berpindah kerana mereka ini orang miskin lantaran kemana lagi mereka nak pergi dan menumpang tanpa wang ditangan hatta menyewa rumah yang sudah tentu memerlukan kos.
Barangan keperluan asas yang disumbangkan |
Pelik ia berlaku disebuah negeri yang diperintah oleh parti keramat melayu terkuat didunia yang melaung-laungkan KALIMAH HIDUP MELAYU tetapi melayu jua dizalimi,dipinggirkan bagaikan pengemis dinegara sendiri.
Muhyideen yassin beberapa hari lepas mengeluarkan kenyataan di betong pahang mengatakan apa perlu menukar kerajaan sedia ada kerana kerajaan BN menepati apa yang disebut didalam al-quran 'baldatun tayyibatun warabun ghafur'yang bermaksud negara yang baik dan diampuni oleh Allah.Adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh Muhyideen???apatah lagi ini berlaku dinegeri beliau sendiri.
Pusat Aduan Rakyat(PAR)Negeri Johor melalui pengerusinya Syed Othman Abdullah pagi tadi telah mengagihkan sumbangan untuk 5 keluarga terbabit.Sumbangan berupa barangan keperluan asas telah diterima oleh Pengerusi peserta kelompok sepakat tiga negeri Johor(PPBST)yang bertanggugjawap memohon tanah tersebut,Saudara khanis Ayop.Ini adalah lawatan kali yang ke-2 PAR negeri Johor menemui 5 keluarga ini setelah perjumpaan pertama bila penempatan mereka mula diranapkan.
Dari pengamatan penulis keadaan sekeliling jauh berbeza dari Keadaan dahulu.Rupa-rupanya penulis difahamkan pihak berkuasa telah melakukan pemusnahan kali kedua dengan membakar barangan binaan yang diletakan sekitar tapak rumah mereka serta barangan keperluan ketika mereka sekeluarga tiada dirumah.Dari apa yang dicerita membayangkan oleh penulis kelakuan sadis pihak berkuasa mirip dengan kekejaman askar zionis yang meroboh rumah rakyat palestin.
Saudara Khanis Ayup Pengerusi PPBST |
Saudara Syed Othman Abdullah Pengerusi PAR Johor memberi ucapan |
khemah yang dijadikan penempatan dah didiami selama 3 bulan. |
dapur dikongsi oleh 5 keluarga |
Ada ahli keluarga mengalirkan air mata dihadapan penulis apabila menceritakan penderitaan yang mereka tanggung sekian lama.Mereka ini jugalah yang ditinggalkan oleh rakan mereka dulu apabila mereka mengadakan sidang media di pejabat par permas pasir gudang tempoh hari.walaupun sudah membayar wang tambang tetapi mereka ditinggalkan gara-gara pusat aduan rakyat permas terletak dipejabat pas kawasan pasir gudang.
tempat mandi |
dapur hanya mengunakan kayu api sahaja |
Saudara khanis berkata beliau berharap kerajaan negeri Johor dapat memberikan ganti kepada mereka kerana mereka telah mengeluarkan belanja yang besar bagi membina rumah yang akhirnya diroboh dan berharap agar kerajaan Johor memberikan bantuan kepada mereka.Janganlah pinggirkan kami,kami orang miskin...itulah kata-katanya.
Mangkuk tandas pecah bertaburan |
kesan barangan dibakar |
perigi turut dimusnahkan |
Pengerusi PAR negeri Johor Syed Othman mengulas PAR Johor akan berusaha sedaya yang mampu untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka agar anak-anak mereka dapat ke sekolah semula.Anak-anak katanya lagi,adalah jaminan untuk mengubah dan jaminan masa depan keluarga.
Bilakah penderitaan yang dialami oleh 5 keluarga ini akan berakhir?Mereka ini bukanlah pendatang haram,mereka adalah rakyat Malaysia dan orang melayu.Merempat di tanah tumpah sendiri ADALAH KEGAGALAN KERAJAAN MELAYU MEMERINTAH.
Mana dia UMNO????pejuang bangsa,Kenapa tidak dibantu mereka-mereka ini?Pada yang lain sanggupkah anda melihat saudara anda ini menderita seperti ini?Allah akan tanya kita semua diakhirat kelak.Pembuatan Kejam dan sadis pihak yang melakukan perkara ini keatas mereka akan dibalas oleh Allah jua.
Kepada UMNO parti keramat Melayu,anda telah gagal membela melayu...UMNO layak
dikuburkan tanpa nisan pada PRU13 nanti.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
BANGKIT RAKYAT NEGERI JOHORE.HAPUSKAN RAJA KAMU ,HAPUSKAN PEMBESAR NEGERI KAMU SEBAB MEREKA INILAH RAKYAT JOHORE SUSAH
ReplyDelete