Jan 24, 2013

PAS PASIR GUDANG KEBAJIKAN UNTUK SEMUA


Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam mengamalkan dasar "NEGARA KEBAJIKANNYA" tidak pernah menyisihkan serta meminggirkan mana-mana kaum dalam usaha kebajikan kemasyarakatannya.lantas setiap lapisan masyarakat  yang kurang kemampuan akan disantuni agar konsep "BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR" yang dibawa oleh PAS dapat diterjemahkan dalam masyarakat demi mendapat keredaan daripada Allah rabuljalil.




Bebekalkan dengan konsep itulah PAS kawasan pasir gudang melalui lujnah kebajikan kawasan sentiasa bergerak seiring dengan Pusat aduan rakyat (PAR) permas setiap waktu meredah di pelusuk ceruk pasir gudang untuk menyantuni masyarakat yang kurang bermampuan untuk dibantu semampu yang boleh.



Program yang diadakan pagi tadi anjuran bersama Lujnah kebajikan Pas kawasan pasir gudang dan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas di penempatan orang asal kampung teluk jawa masai mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu dimulakan dengan acara gotong royong membersihkan kawasan penempatan selain itu penyampaian sumbangan juga diadakan.Seramai 5 keluarga telah menerima sumbangan berupa keperluan asas yang disampaikan oleh penyelia PAR permas Tuan Syed Othman Abdullah.Pakaian terpakai juga diagihkan kepada masyarakat orang asal dalam program tersebut.


Wakil kepada tok batin kampung teluk jawa saudara Dell berkata beliau amat terharu dengan keikhlasan dan perihatin PAS  kerana sentiasa mengambil berat masyarakat orang asal.katanya lagi ini bukan pertama kali PAS datang menghulurkan sumbangan  malah masalah masayarakat orang asal disini pun kerap dibantu oleh PAR permas.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas



No comments:

Post a Comment